web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Buka Pelitup Muka Hanya Untuk Penuhi Permintaan Jurugambar - Kit Siang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 7:09PM

Kit Siang berkata beliau memakai pelitup muka sepanjang majlis itu berlangsung. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mendakwa tindakan beliau membuka pelitup muka sekadar untuk memenuhi permintaan jurugambar pada majlis pelancaran bukunya tempoh hari.

Malah, katanya, semua hadirin memakai pelitup muka sepanjang majlis itu berlangsung.

“Sepanjang majlis berlangsung, saya dan hadirin lain memakai pelitup muka.

“Hanya beberapa minit saya buka pelitup muka, itu pun atas permintaan jurugambar,” katanya kepada wakil media ketika  hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Kit Siang hadir ke IPD berkenaan sambil ditemani Setiausaha Politik dan Peguamnya, Syahredzan Johan untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketika majlis pelancaran buku biografi Kit Siang bertajuk ‘Lim Kit Siang: Malaysian First’ pada 11 Januari lalu.

Selain Kit Siang, polis turut menjalankan siasatan ke atas Presiden Parti Ikatan Demokratik (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas dakwaan sama.

Siasatan dilakukan berdasarkan gambar tular di media sosial memaparkan Kit Siang, Syed Saddiq dan pengarang buku terbabit, Kee Thuan Chye berada di atas pentas tanpa memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi Getaran, mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan beberapa individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan.

“Pada hari ini, hanya Ahli Parlimen Iskandar Puteri (Kit Siang) yang dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung majlis pelancaran buku terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya. - Getaran, 19 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

3

Politik 2 tahun yang lalu

Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

4

Politik 2 tahun yang lalu

Titah Agong Perlu Dipatuhi, Bentuk Kestabilan Politik Negara - Kit Siang

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad