web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


9 Kematian Baharu Kes COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 12:54PM

Sebanyak 9 kes kematian dikesan akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,818 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, tiada kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,818 dengan 6,417 daripadanya adalah kes BID.

Melaka, Pahang dan Selangor masing-masing mencatatkan dua kes kematian, manakala Kelantan, Sabah dan Terengganu mencatatkan satu kes di setiap negeri.

Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,761 kes aktif dilaporkan dengan 33,809 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,994 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 2,775 menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 183 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 84 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,093 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 129,597 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 127,066 dos penggalak, 1,043 dos pertama dan 1,488 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,684,153 atau 78.6 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi. - Getaran, 19 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad