web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sijil Vaksinasi Palsu: MMA Mahu Hukuman Berat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 8:28AM

MMA mahu hukuman paling berat dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu kerana ia adalah kesalahan serius yang boleh membahayakan nyawa orang ramai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai berkata hukuman paling berat harus dikenakan kerana ia adalah kesalahan serius yang boleh membahayakan nyawa orang ramai.

“Agak mengejutkan apabila lebih 5,000 sijil vaksinasi dikeluarkan oleh klinik di Gombak kepada individu yang tidak diberikan suntikan vaksin COVID-19.

“Kami tidak membenarkan golongan ini mencalarkan nama baik dan reputasi profesion ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dr Koh berkata MMA akan menyokong tindakan paling tegas dikenakan terhadap mana-mana pengamal perubatan yang didapati terlibat dalam tindakan jenayah dan tidak bertanggungjawab itu.

“Bagi pengamal berdaftar, lesen mereka boleh dibatalkan oleh Majlis Perubatan Malaysia. Unit Penguatkuasaan Kemudahan Swasta di Kementerian Kesihatan juga perlu mengambil langkah tegas lain seperti penutupan premis serta-merta dan mendakwa mereka yang terlibat di mahkamah,” katanya.

Semalam, MMA menerima aduan daripada individu mengenai sijil vaksinasi palsu dan akan membuat laporan polis. Orang ramai boleh menyalurkan aduan mereka menerusi e-mel ke [email protected]. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad