web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


99 Pelajar Maktab Mahmud Pendang Positif COVID-19, Cetus Kluster Dah Penyarom

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 7:44AM

Maktab Mahmud Pendang - Gambar dari Facebook Maktab Mahmud Pendang MMPG

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Seramai 99 pelajar yang tinggal di asrama Maktab Mahmud, Tobiar dekat sini, dikesan positif COVID-19 sekali gus mewujudkan kluster baharu, Dah Penyarom. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd Hayati Othman berkata, kebanyakan yang disahkan positif adalah pelajar perempuan di sekolah tersebut. 

"Difahamkan kes ini dikesan selepas beberapa pelajar perempuan dilihat bergejala dengan mengalami batuk dan demam ketika mengambil peperiksaan. Sebaik tamat peperiksaan, mereka kemudiannya menjalani ujian COVID-19 dan disahkan positif. 

"Sehubungan itu ujian saringan dilakukan terhadap semua pelajar asrama tersebut. Mereka yang positif kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Wawasan, Jitra dengan menaiki bas hari ini," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Kes tersebut dinamakan sebagai Dah Penyarom memandangkan lokasi Maktab Mahmud tersebut yang terletak di Kampung Penyarom.

Tambahnya, setakat ini masih terdapat pelajar yang belum menerima keputusan ujian saringan dan mereka dipakaikan gelang merah jambu serta dikuarantin di asrama. 

"Bangunan asrama dan sekolah telah disanitasi serta dibersihkan dengan saya turut berkesempatan meninjau keadaan di situ bersama Pegawai Kesihatan Daerah hari ini," katanya.

Mengulas mengenai peningkatan mendadak COVID-19 di Kedah yang mencecah 403 kes semalam berbanding 268 kes hari sebelumnya, Dr Mohd Hayati berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua pihak bagi mencegah penularan menjadi lebih serius. 

"Semua pihak di negeri ini diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak penularan COVID-19 dalam kalangan komuniti dan sekolah," katanya. -Getaran, 19 Januari 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi