web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: 16 Kematian Baharu, Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 11:58AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 16 kes kematian baharu akibat COVID-19 semalam, termasuk dua di luar hospital (BID).

Angka kematian itu menunjukkan peningkatan, berbanding 12 kes yang direkodkan hari sebelumnya.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kes kematian disebabkan virus terbabit adalah sebanyak 31,809 dengan 6,417 daripadanya adalah BID.

Menerusi data di laman sesawang COVIDNOW, Selangor mencatatkan kematian baharu tertinggi dengan lima kes, disusuli Terengganu (3), Negeri Sembilan (2), Pulau Pinang (2), manakala masing-masing satu di Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah.

Berdasarkan laman sesawang itu, sebanyak 40,618 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara setakat semalam dengan 33,584 atau 82.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,762 atau 9.3 pesakit pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Sejumlah 3,088 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 97 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 87 pesakit di unit itu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,382 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara semalam, sekali gus menjadikan kumulatif kes virus itu di Malaysia adalah 2,810,689.

Menurut laman sesawang sama, sebanyak 240,651 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam untuk populasi dewasa, membabitkan 1,183 dos pertama, 1,765 dos lengkap dan 237,703 dos penggalak.

Setakat ini, 55,498,506 dos suntikan sudah diberikan kepada populasi dewasa membabitkan 23,185,749 atau 99.0 dos pertama, 22,906,072 atau 97.8 peratus (dos lengkap) dan 9,609,454 atau 41.0 peratus (dos penggalak). - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar