web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Depan Jual Telefon Bimbit, Dalam Stor Simpan Mercun Terlarang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 4:38PM

Kamarul Zaman (kanan) menunjukkan mercun yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sejumlah besar mercun dan bunga api bernilai RM350,000 yang dipercayai dijual sempena Tahun Baharu Cina dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2), petang semalam.

Serbuan di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Taman Mutiara Mas, Skudai itu melibatkan 250 kotak mengandungi 16 jenis mercun yang ditemui disimpan di stor premis berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, semua mercun yang dirampas itu dibalut dengan bungkusan menarik yang tertera tulisan bunga api Happy Boom.

“Happy Boom ini bunga api yang memang dibenarkan untuk dijual, namun apabila pemeriksaan dilakukan, di sebalik bungkusan yang ditulis Happy Boom ini ada pelbagai jenis mercun berbahaya yang dilarang.

“Stor yang digunakan untuk menyimpan mercun ini juga terletak di dalam sebuah kedai yang menjual telefon bimbit,” katanya ketika sidang media di Markas Taktikal PPM W2 Johor, Tampoi di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dan Komander PPM W2 Johor, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah.

Menurut beliau, serbuan itu dilakukan hasil maklumat yang diperoleh, sebelum risikan dijalankan selama tiga minggu.

Katanya, seorang penjaga premis iaitu lelaki warga tempatan berusia 48 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati penjaga premis itu gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah untuk menjual atau menyimpan mercun serta bahan letupan di premis berkenaan,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, suspek kini direman tiga hari sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957.

“Siasatan masih lagi dijalankan untuk mengenal pasti sumber bekalan semua mercun dan bahan letupan itu diperolehi.

“Kita juga masih menyiasat dalang sindiket ini dan mengesan saki baki ahli mereka,” katanya. – Getaran, 17 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 16 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad