web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak, Remaja Lemas Di Sungai Masai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 8:01AM

Polis mengusung mayat salah seorang daripada dua orang yang lemas di Sungai Masai, semalam. - Gambar dari Facebook Johor Gazette

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Keseronokan enam kanak-kanak dan remaja lelaki bermain di sekitar sungai, bertukar tragedi apabila dua daripadanya ditemukan lemas di Sungai Masai berdekatan Taman Masai Utama, di sini semalam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba ZON 1 Johor, Hamdan Ismail berkata mangsa Sharif Mohd Sharizan Sabri, 11, ditemukan pada 9.18 malam tadi manakala Mohd Ahlan Kiram, 14, ditemukan pada 10.32 malam.

Beliau berkata 21 pegawai dan anggota bomba termasuk sembilan daripada Unit Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pertahanan Awam (APM) digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang.

“Mangsa pertama (Sharif) ditemukan tidak jauh dengan mangsa kedua (Mohd Ahlan) iaitu kira-kira dua meter dengan kedalaman air lima meter,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di lokasi kejadian, malam tadi. 

Beliau berkata mengikut maklumat awal, Sharif terjatuh dipercayai ketika cuba mengambil seliparnya yang terjatuh dalam sungai.

“Mohd Ahlan pula dipercayai cuba membantu Sharif yang dilihat mula lemas ketika cuba mengambil selipar, namun percubaannya gagal menyebabkan kedua-duanya lemas,” katanya.

Hamdan berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa oleh pihak polis ke Hospital Sultan Ismail untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang daripada rakan mangsa  Mohd Azmil Jamaludin,13, ketika ditemui berkata dia juga hampir lemas namun berjaya ditarik rakannya yang lain.

Katanya, dia dan rakan-rakan lain bergegas meminta bantuan orang awam selepas kedua-dua mangsa hilang daripada penglihatan.

“Kawan saya tarik kaki dan saya selamat, sebenarnya baru hari ini kami bermain bersama di sungai ini kerana duduk di flat yang sama.

“Tidak sangka ia akan berakhir macam ini,” katanya yang tinggal di Flat Taman Masai Utama. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad