web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Ambil Tindakan Dengan ‘Tangan Sendiri’, Serah Kepada Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 8:49AM

Orang awam yang menangkap individu melakukan jenayah perlu terus menyerahkan pelaku kepada polis dan tidak mengambil tindakan sendiri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penularan video memaparkan beberapa jemaah di sebuah masjid di Kuang, Rawang memandikan seorang remaja seperti jenazah kerana mencuri tabung masjid, baru-baru ini menggemparkan masyarakat.

Bukan kerana kesalahan dilakukan remaja terbabit, sebaliknya tindakan berkenaan yang disifatkan melampau kerana memberi layanan kasar seperti itu kepada seorang manusia dan boleh mengakibatkan individu tersebut lemas.

Ada pelayar media sosial mengecam tindakan itu, atas alasan remaja terbabit sepatutnya dibawa kepada polis sebaik ditangkap untuk diadili mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Kes itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang menasihatkan pengurusan masjid tidak mengambil tindakan sendiri terhadap individu melakukan jenayah di rumah ibadat sehingga boleh menyebabkan ‘kezaliman’.

Beliau berkata, orang awam juga diminta tidak bertindak ‘sesuka hati’ terhadap pelaku jenayah, termasuk mengelakkan merakam gambar individu terbabit untuk disebarkan.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Menurut Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, mana-mana pihak yang menangkap individu melakukan apa-apa jenayah, perlu terus menyerahkan pelaku kepada pihak berkuasa dan membuat laporan polis.

Perkara itu selaras peruntukan undang-undang sedia ada untuk membolehkan pelaku dihakimi seadilnya, selain mengelakkan individu terbabit dengan jenayah apabila bertindak sendiri.

“Apa sahaja kesalahan dilakukan individu di mana-mana pun patut diserahkan kepada polis.

“Contohnya jika ada individu memasuki masuk pusat beli-belah dan ditangkap pengawal keselamatan, kakitangan itu tidak boleh ambil tindakan sendiri, sebaliknya kes itu diserahkan kepada polis sebab ini semua mengikut proses undang-undang,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Sevan Doraisamy
Sevan Doraisamy

Mengulas isu sama, Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy berkata, hakikatnya mana-mana pihak, sama ada orang awam atau polis tidak mempunyai hak untuk menghukum individu yang melakukan kesalahan.

Jelasnya, sekiranya seseorang dilihat melakukan kesalahan, orang awam tidak boleh mengambil tindakan dengan ‘tangan sendiri’ dan perlu menyerahkan pelaku kepada polis.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan polis mengambil tindakan susulan, termasuk menjalankan siasatan terperinci sebelum kes itu dibawa ke muka pengadilan berdasarkan bukti.

“Semua pihak kena mematuhi undang-undang, malah polis pun tidak ada hak memukul individu yang dikatakan melakukan kesalahan. Jika orang awam dan polis mengambil tindakan sendiri ini tidak betul dan menunjukkan contoh salah.

“Orang awam yang bertindak sendiri sehingga mengakibatkan kesan buruk kepada pelaku kena bertanggungjawab atas perbuatan mereka dan polis kena menyiasat secara terperinci,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya pandangannya mengenai sikap pihak tertentu, termasuk saksi kejadian jenayah yang gemar merakamkan insiden terbabit dan menularkannya, Sevan mengatakan tindakan itu sangat tidak wajar.

“Memang sangat tidak patut lah tularkan kejadian kerana apa perlu dilakukan, tahan dan serah kepada polis.

“Bila polis ada cukup bukti untuk bawa kes ke mahkamah, pihak perundangan ini akan uruskan dan baharulah berita ini dilaporkan, bukan viral begitu sahaja,” katanya. - Getaran, 17 Januari 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad