web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Istilah Sambutan Hari Agama Sedunia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 7:56PM

Idris Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada istilah sambutan Hari Agama Sedunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Beliau berkata, perkara itu jelas dan individu harus beriman dengan Islam.

“Tiada Istilah berkenaan perayaan Hari Agama Sedunia. Ianya jelas. Dan ia wajib diimani.

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah adalah Islam (Ali Imran 3:19),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Selain itu, Idris meminta supaya rakyat di negara ini mengukuhkan perpaduan.

“Teruskanlah juga mengukuhkan keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hantaran poster berhubung sambutan Hari Agama Sedunia yang tular di media sosial hari ini.

Namun, poster itu sudah diturunkan selepas didakwa mencetuskan perdebatan dan dikecam pelbagai pihak, termasuk ilmuan agama.

Sementara itu, akaun Twitter menggunakan nama Akademik Dr Har (ADH) yang memuat naik poster terbabit di Facebook ADH tampil menjelaskan isu berkenaan.

Pengasas dan Pengarah ADH dikenali Dr Har, berkata pihaknya mengambil sepenuh tanggungjawab dan membuat keputusan menarik balik siaran poster itu demi menghormati teguran serta pandangan diterima.

“Salam sejahtera. Bagi pihak ADH, Dr Har ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas komen serta pertanyaan diajukan apabila laman FB ADH memuat naik poster sambutan Hari Agama Sedunia pagi ini.

“Ini memandangkan pelbagai reaksi dan respon kurang baik diberikan kepada sebaran poster tersebut. Terima kasih,” katanya.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik