Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Pencuri Dimandikan Seperti Jenazah, Jangan Buat 'Undang-Undang Rimba'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 8:56AM

Nor Zabetha Muhammad Nor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangan wujudkan 'undang-undang rimba' dan tindakan sendiri terhadap penjenayah seperti dilakukan oleh pengurusan sebuah masjid, yang memandikan seorang pemuda seperti jenazah selepas ditangkap mencuri, baru-baru ini.

Peguam terkemuka, Nor Zabetha Muhammad Nor menjelaskan, tidak wajar untuk seorang yang 'alim' agama bersama ahli jawatankuasa masjid itu bertindak kasar terhadap remaja tersebut.

“Saya tegaskan sekali lagi bahawa perbuatan mencuri itu salah, menghisap syabu juga salah. Haram di sisi agama. Netizen tidak pertikaikan isu bahawa remaja ini mencuri dan hisap dadah namun isunya undang-undang dan tindakan ditangani sendiri.

Lebih membimbangkan beliau berkata, tindakan tersebut juga mampu mewujudkan perspektif negatif kepada orang bukan Islam, sekali gus mencemarkan kesucian institusi masjid di negara ini.

“Sampai atau tidak mesej kita bahawa Islam itu cintakan kedamaian? Sirah Rasulullah SAW adalah peristiwa betapa sabarnya baginda dibaling batu ketika berdakwah. Kalau sikap yang sabar dan tenang, siapalah tidak sayang dan tidak mahu menjadikan ikutan.

“Malangnya situasi dalam video itu memberikan gambaran kekasaran dan tidak wajar remaja itu diperlakukan, sekali gus memberikan gambaran buruk kepada cara pengendalian ahli jawatankuasa masjid yang sepatutnya menjadi contoh tauladan orang ramai,” katanya kepada Getaran.

Nor Zabetha berpandangan, tindakan remaja terbabit mencuri bagi membeli dadah jelas ialah satu kesalahan, namun adalah salah serta tidak sepatutnya perbuatan oleh pihak pengurusan masjid yang kononnya mahu memberi pengajaran itu dirakam serta ditularkan di media sosial.

Beliau berkata, kejadian mencuri yang dilakukan pemuda itu diakui satu perbuatan jenayah dan menimbulkan kemarahan ramai, namun pembalasan yang diberi sepatutnya lebih adil.

“Saya tegaskan sekali lagi bahawa perbuatan mencuri itu salah, menghisap syabu juga salah. Haram di sisi agama. Netizen tidak pertikaikan isu bahawa remaja ini mencuri dan hisap dadah namun isunya undang-undang dan tindakan ditangani sendiri.

“Kalau masih tidak mahu duduk semeja atau berbincang serta memberikan dakwah, cukup buat laporan polis. Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri. Kemudian, ditularkan pula video sehingga mendatangkan rasa malu kepada dia dan ahli keluarganya,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Zabetha turut berkongsi kes menyamai insiden menimpa remaja tersebut, apabila seorang peniaga, Mohamad Zulkifli Ismail dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas bersalah membunuh Zulkefle Abdullah, 40 dan mencederakan seorang pemuda kelainan upaya (OKU) Faizul Awang, 33, yang kudung kaki kanan, pada 2015 .

“Kata Yang Arif, jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana undang-undang rimba hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah. Kes ini menimbulkan persoalan ramai, kenapa tidak boleh mempertahankan rumah sendiri jika diceroboh? 

“Zulkifli marah kerana kedua-dua mangsa menceroboh kawasannya, namun adakah wajar untuk dibunuh kerana ingin mengambil besi buruk dan apakah seseorang yang tidak menyerang dan tidak mendatangkan bahaya walaupun mencuri boleh dibunuh,” katanya.

Jelasnya, undang-undang rimba tidak boleh dijadikan amalan kerana jelas menolak peruntukan yang telah ditetapkan dan menggangu tugasan pihak berkuasa dalam melaksanakan siasatan.

Sehubungan itu, Nor Zabetha menegaskan, hukuman dan tindakan sendiri itu perlu ditolak bagi membolehkan penjenayah dihukum dengan adil berdasarkan peraturan sedia ada.

“Masalah undang-undang rimba ini tiada mahkamah keadilan. Penghukum percaya salah atau syak salah, sudah cukup untuk menghukum pesalah. Sama ada terbukti atau tidak, itu belakang kira. 

“Seperti dalam kes arwah Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, semua tertuduh kononnya membuat tuduhan tentang laptop hilang. Benar atau tidak arwah salah, itu belakang kira. Tertuduh tidak mahu ambil tahu. Mereka dera, seksa dan bunuh sehingga mengaku. Akhirnya nyawa yang menjadi korban,” katanya. 

Terdahulu, polis mengesahkan remaja lelaki yang mencuri tabung masjid untuk membeli ubat buat datuknya adalah tidak benar, sebaliknya suspek hendak menggunakan wang berkenaan bagi mendapatkan bekalan dadah.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, remaja berusia 19 tahun yang tular di media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' itu dipercayai terbabit penyalah gunaan dadah sejak setahun lalu.

Kelmarin, Mahkamah Majistret Selayang menjatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda berjumlah RM4,000 terhadap remaja itu.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel Iskandar, 19, selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang pada jam 11.58 malam, Sabtu lalu.

Sebelum itu, peguam pro bono Azman Abdullah, yang mewakili Daniel memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan alasan ini adalah kesalahan kali pertama anak guamnya, dan dia juga sudah insaf.

Anak guamnya dikatakan sudah memohon maaf kepada mahkamah dan pihak masjid dan memberikan alasan mencuri, kerana memerlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis. – Getaran, 16 Januari 2022.

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Semasa 23 jam yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran