web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tampar Bayi 8 Bulan Kerap Muntah, Pengasuh Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 8:30AM

Seorang wanita ditahan kerana disyaki menampar seorang bayi lelaki berusia 8 bulan di Bandar Tasik Permaisuri Cheras, Rabu lepas. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita yang disyaki menampar bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah rumah di Bandar Tasik Permaisuri Cheras di sini, Rabu lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Kuala Lumpur, ACP Kamaruzaman Elias berkata wanita berusia 48 tahun yang merupakan pengasuh kepada mangsa itu ditahan selepas ibu bayi berkenaan yang berusia 25 tahun membuat laporan berhubung kejadian pada pukul 11.29 malam hari sama.

Menurutnya, ibu bayi itu  mendakwa pipi kanan anak bongsunya kemerah-merahan ketika mengambilnya dari rumah pengasuh.

"Siasatan mendapati pengasuh mengaku tidak sengaja menampar pipi mangsa ketika berada dalam buaian selepas dikatakan sering muntah.

''Suspek (pengasuh) dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil dan kita tunggu laporan penuh perubatan mangsa sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan arahan pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, kertas siasatan dibuka dan diklasifikasikan sebagai kes penderaan kanak-kanak yang disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Kamaruzaman menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan berita daripada sumber tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan polis. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad