web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tempoh Kuarantin Ditetapkan 7 Hari Jika Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 6:44PM

Individu yang menjadi kontrak rapat perlu menjalankan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan kit ujian pantas (RTK-Antigen) sama ada secara kendiri atau hadir ke pusat kesihatan berhampiran. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu lengkap divaksinasi dan tidak bergejala namun disahkan positif COVID-19, wajib menjalani perintah kuarantin selama tujuh hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bermula esok itu juga memerlukan individu belum lengkap divaksin atau tidak menerima imunisasi itu atau bergejala, menjalani kuarantin 10 hari sekiranya positif virus terbabit.

Katanya, perintah pengasingan diri itu diwajibkan kepada individu positif COVID-19 bagi semua jenis varian.

“Manakala, perintah kuarantin untuk kontak rapat, termasuk jangkitan Omicron adalah selama lima hari ke atas individu sudah menerima dos penggalak.

“Perintah kuarantin tujuh hari pula ditetapkan ke atas kontak rapat lengkap vaksinasi dan belum lengkap atau tiada vaksinasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khairy berkata, sekiranya kontrak rapat itu bergejala, ujian pengesanan COVID-19 menggunakan kit ujian pantas (RTK-Antigen) perlu dijalankan sama ada secara kendiri atau hadir ke pusat kesihatan berhampiran.

Jelasnya, keputusan ujian itu perlu dimasukkan ke dalam MySejahtera.

Beliau berkata, kontak rapat yang dikuarantin untuk tempoh lima hari dan tujuh hari perlu menjalani ujian RTK-Antigen pada hari terakhir.

“Sekiranya keputusan negatif dan tidak bergejala, mereka akan diberikan pelepasan kuarantin pada hari sama,” katanya.

Khairy berkata, KKM menetapkan prosedur bagi pengurusan pengembara yang baharu tiba di Malaysia masih terpakai.

“KKM meningkatkan kesiapsiagaan sistem perkhidmatan kesihatan dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes susulan jangkitan varian Omicron di negara ini,” katanya.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad