web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19, 12 Kematian Baharu Dicatat, Selangor Rekod Jumlah Tertinggi 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 11:39AM

12 kematian direkodkan setakat tengah malam tadi akibat COVID-19, dengan Selangor mencatatkan rekod kematian tertinggi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 12 kematian baharu akibat COVID-19, termasuk dua kes di luar hospital (BID) setakat tengah malam tadi.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian disebabkan virus terbabit adalah sebanyak 31,762 dengan 6,409 daripadanya adalah kes BID.

Menerusi data di laman sesawang COVIDNOW, Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan empat kes, dan masing-masing dua di Pahang, Pulau Pinang serta Terengganu.

Johor dan Kedah merekodkan satu kes manakala tiada kematian dicatatkan oleh negeri lain.

Berdasarkan laman sesawang itu, sebanyak 40,558 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara setakat tempoh sama dengan 33,075 atau 81.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,984 pesakit pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Sejumlah 3,295 pesakit lagi dimasukkan ke hospital dengan 109 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 95 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu  COVID-19 turut dilaporkan di seluruh negara semalam, berbanding 3,684 kelmarin, sekali gus menjadikan kumulatif jangkitan virus itu di Malaysia kepada 2,802,263 kes.

Menurut laman sesawang sama, sebanyak 236,104 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, membabitkan 1,746 dos pertama, 2,234 dos lengkap dan 232,124 dos penggalak.

Setakat ini, 25,674,070 atau 78.6 peratus penduduk Malaysia sudah lengkap divaksinasi, manakala 9,043,384 (27.7 peratus) menerima dos penggalak. - Getaran, 15 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik