web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Judi Dalam Talian: 3 Lelaki Raih RM100,000 Sebulan Dicekup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 8:24AM

2 daripada 3 suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti judi dalam talian di sebuah pangsapuri sekitar Sentul, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti judi dalam talian yang mampu meraih kuntungan sehingga RM100,000 sebulan, di sebuah pangsapuri di sekitar Sentul, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata kesemua lelaki berumur dalam lingkungan 19 hingga 54 tahun itu ditahan hasil serbuan ke atas pangsapuri itu pada 12 tengah hari dan polis merampas beberapa peralatan komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem komputer, beberapa rangkai kunci rumah dan kad akses.

Beliau berkata kesemua lelaki berkenaan dipercayai penjaga premis serta ejen ‘To Up Games’ di pusat panggilan dan berselindung di sebalik pangsapuri persendirian dengan sewaan RM1,800 sebulan untuk menjalankan aktiviti judi itu.

"Kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam kegiatan perjudian," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam perkembangan lain, polis menahan dua lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 25 hingga 40 tahun kerana disyaki terlibat dalam perlombongan bitcoin haram di sebuah premis di sekitar Metro Prima Kepong, di sini, semalam.

“Hasil operasi itu, polis merampas sebanyak 77 mesin bitcoin, peralatan komputer, telefon bimbit pelbagai jenama, modem komputer dan beberapa rangkai kunci premis.

"Kesemua suspek direman selama empat hari hingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990/379 Kanun Keseksaan kerana mencuri arus elektrik bagi tujuan melombong bitcoin," katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad