web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ujian Kendiri Setiap 3 Hari, 2 Kali Seminggu Jika Terdedah Jangkitan COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 8:46AM

Meskipun ujian kendiri kurang sensitif berbanding RT-PCR tetapi jika dilakukan berulang kali, ia akan meningkatkan sensitiviti ujian tersebut. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang terdedah kepada kes positif COVID-19 atau kontak rapat disaran menjalani ujian saringan kendiri setiap tiga hari atau dua kali seminggu.

Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Siti Zulaikha Zakariah berkata, ujian pertama boleh dilakukan pada hari ketiga selepas menjadi kontak rapat individu dijangkiti virus tersebut.

Manakala bagi ujian kedua pula, katanya perlu dibuat tiga hari selepas daripada ujian pertama.

“Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) atau ujian pantas antigen (kendiri) dilakukan setiap tiga hari atau dua kali seminggu.

“Viral load (beban virus) tinggi biasanya dua hari sebelum simptom bermula sehingga seminggu simptom bermula. Jadi pada masa ini, kebarangkalian virus itu dapat dikesan menggunakan kit RTK tinggi,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Dr Siti Zulaikha Zakariah
Dr Siti Zulaikha Zakariah

Menurut beliau, ujian kendiri kurang sensitif berbanding RT-PCR tetapi dapat dilakukan sendiri malah lebih cepat dan murah.

Namun katanya, jika dilakukan berulang kali, ia akan meningkatkan sensitiviti ujian tersebut.

“Ini kerana kita nak catch timing diuji semasa beban virus dalam badan adalah tinggi.

“Jika beban virus terlalu rendah iaitu di awal atau di penghujung infeksi, ada kemungkinan tidak dapat dikesan ujian RTK-Ag,” katanya sambil mendedahkan kit tersebut mampu mengesan varian Omicron dan Delta.

Bagi ujian RT-PCR pula, beliau berkata, Cycle Threshold (CT) value atau nilai kitaran ambang boleh mengesan sehingga 40 kitaran.

“Ini bermaksud beban virus yang rendah pun dapat mengesan jangkitan COVID-19.

“Untuk RTK-Ag pula, CT value hanya 30 kitaran. Ini bermakna beban virus lebih tinggi diperlukan untuk mengesan jangkitan tersebut.

“Tapi ini semua bergantung kepada sama ada pensampelan dan ujian itu dilakukan dengan betul,” katanya.

Pada masa sama, Dr Siti Zulaikha yang juga pensyarah perubatan di UPM turut menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai keputusan negatif dalam ujian awal atau pertama dilakukan.

“Jika keputusan RTK-Ag negative tak bermaksud individu atau kontak rapat itu tak dijangkiti. Ini kita panggil ‘false negative’.

“Ia berpunca daripada ujian semasa beban virus rendah, pensampelan (pengambilan sampel) dan pengendalian ujian yang tidak betul,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan individu bergejala atau berisiko tinggi terutama kontak rapat supaya segera menjalani ujian saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan tersebut menerusi aplikasi MySejahtera.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengesanan awal kes COVID-19 dengan menggunakan kit ujian kendiri boleh membantu individu terbabit memantau kesihatan dan menilai risiko kendiri bagi mendapatkan rawatan kesihatan sebelum terlambat, sekali gus mengurangkan kes Brought-in-Dead (BID).

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan kit ujian kendiri diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bagi mendapatkan keputusan sah. - Getaran, 15 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad