web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JKDM Kelantan Rampas 3,960 Kg Mercun Bernilai RM130,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 7:00PM

Mohd Nasir (empat kanan) menunjukkan mercun dirampas yang bernilai RM130,000 di sebuah gudang di Kampung Atas Pinggir, Tendong, Rantau Panjang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANTAU PANJANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 3,960 kilogram (kg) mercun bernilai RM130,000 di sebuah gudang di Kampung Atas Pinggir, Tendong di sini, kelmarin.

Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Nasir Deraman, berkata rampasan menerusi serbuan pada jam 9 malam itu dilakukan hasil intipan dan maklumat Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang.

Katanya, JKDM turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, jelasnya, dia dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM15,000.

“Hasil pemeriksaan susulan, pasukan operasi berjaya merampas sebanyak 600 guni mercun jenis bola dan 15 kotak mercun jenis CN 4002 dibawa dari Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Penguatkuasa JKDM Rantau Panjang, hari ini.

Mohd Nasir berkata, nilai rampasan terbabit dianggarkan RM79,200 dan cukai barangan itu adalah RM51,480 dengan jumlah keseluruhan RM130,000.

Jelasnya, modus operandi digunakan pihak terbabit adalah membawa masuk barangan itu melalui sempadan Malaysia-Thailand dengan mendapatkan khidmat penyeludup.

“Mereka membawa masuk mercun itu melalui Sungai Golok secara berperingkat, sebelum dikumpul dan disembunyikan di satu tempat sebelum dibawa ke Johor untuk diedar ke pasaran dipercayai untuk Tahun Baharu Cina,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nasir berkata, mercun diklasifikasi sebagai barang larangan import di bawah butiran 46, Jadual Ketiga/Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Kes itu, katanya, kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang atau RM50,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, undang-undang sama juga memperuntukkan hukuman denda tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 mengikut mana-mana lebih tinggi atau dipenjarakan kurang lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

“Orang ramai digesa membantu JKDM untuk memerangi jenayah penyeludupan, khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan, selain dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti terbabit,” katanya.

Tegasnya, penyeludupan bukan sahaja merugikan negara daripada segi hasil, malah mendatangkan ancaman kepada keselamatannya dan kesejahteraan rakyat.

“JKDM menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-8855 atau Pejabat Kastam berdekatan di semua negeri.

“JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat dirahsiakan,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Serah Rampasan Sisik Tenggiling, Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad