web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Teliti Tambah Aset Hadapi Banjir Masa Depan - Hamzah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 3:54PM

Hamzah (dua kiri) mendengar penerangan pegawai polis pada satu lawatan dihadirinya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti keperluan untuk menambah jumlah aset baharu bagi menghadapi banjir pada masa depan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kementerian itu sudah menambah 11 bot penyelamat dalam operasi banjir sebelum ini, namun jumlah berkenaan tidak mencukupi.

“KDN akan meneliti jumlah aset perlu ditambah bagi tujuan operasi banjir ini.

“Kementerian akan segera menyemak kembali keperluan penambahan aset taktikal dalam menghadapi gelombang bah akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Hamzah berkata, Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar yang terjejas teruk akibat banjir pada 4 Januari lalu mendapat perhatian KDN apabila sejumlah RM250,000 diperuntukkan kementerian itu untuk operasi pembersihan.

Datuk Seri Hamzah Zainudin
Datuk Seri Hamzah Zainudin

Katanya, peruntukan itu juga bagi membaik pulih artifak dan bahan sejarah yang terjejas.

Beliau berkata, banjir di Muar dan Segamat, Johor dilaporkan sebagai bencana paling teruk melanda negeri itu sejak 2011.

Ditanya tentang nilai keseluruhan kerosakan fasiliti dan aset di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, Hamzah menyatakan bahawa proses pengauditan masih dijalankan untuk menentukan perkara terbabit.

“Fokus kita (KDN) sekarang adalah menumpukan operasi pembersihan di semua lokasi milik agensi yang terjejas.

“Operasi ini turut membabitkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi memastikan aspek keselamatan dititikberatkan sebelum pembersihan dimulakan,” katanya.

Bermula 1 Januari lepas, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) diaktifkan, diikuti Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Sub-Markas Taktikal bagi tujuan menyelaras misi bantuan mangsa banjir dalam skala lebih besar.

Misi itu membabitkan agensi berkaitan, selain menggerakkan sukarelawan dalam kalangan anggota di bawah agensi KDN. - Getaran, 14 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja