web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengurusan Kes Saman Azam Terhadap Lalitha Pada 15 Februari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 8:53PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Februari depan sebagai pengurusan kes bagi saman yang difailkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terhadap penyelidik kanan Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam atas dakwaan menerbitkan artikel memfitnah berkaitan pembelian saham yang disiarkan oleh portal agensi berita Independent News Service (INS).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, tarikh tersebut ditetapkan semasa kes itu disebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noordura Mohamed Din dalam prosiding secara dalam talian (e-Review) pada 9 pagi tadi.

Azam, 59, selaku plaintif memfailkan saman itu semalam melalui Tetuan Zain Megat & Murad dengan menamakan Lalitha, 39, sebagai defendan tunggal.

Pernyataan tuntutan Azam mendakwa defendan telah mengarang dua artikel bertajuk Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Bahagian 1) dan Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go? (Bahagian Dua) yang pertama kali diterbitkan oleh Lalitha dalam INS pada 26 Oktober sebelum kedua-dua artikel diterbitkan semula pada 15 Disember tahun lepas. 

Dakwa plaintif, defendan turut berkongsi pautan artikel itu di laman Twitternya atas nama @LalithaVelvet untuk disebarkan kepada umum dan pautan kepada kedua-dua artikel masih boleh diakses sehingga kini. 

Azam mendakwa tajuk artikel itu adalah sensasi, bersifat skandal dan menjengkelkan kerana ia dikarang dan diterbitkan semula dengan niat jahat bagi memberi kesan serta gambaran yang amat buruk kepada pembaca bahawa plaintif seorang penjawat awam yang korup atau menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai tinggi SPRM untuk kepentingan sendiri atau adik-beradiknya.

Dakwa plaintif, selain kedua-dua artikel dan ciapan menerusi Twitter, defendan pada 9 Januari lepas turut membuat ciapan dengan menerbitkan semula kenyataan media peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.

Azam mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau memiliki saham dan waran bernilai jutaan ringgit dengan wang pembelian saham dan waran diperoleh secara salah serta plaintif membuat pelaburan bernilai jutaan ringgit dalam tempoh yang singkat selain tidak mengisytiharkan pembelian saham dan waran terbabit semasa beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Siasatan SPRM.

Selain itu, plaintif mendakwa kenyataan tersebut membawa maksud beliau dan adiknya melalui syarikat RI Intelligence Sdn Bhd terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti rahsia yang bercanggah di sisi undang-undang.

Dakwanya, kenyataan itu turut memfitnah SPRM secara keseluruhan dan defendan juga seolah-olah menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah melantik plaintif sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM selaras dengan undang-undang sedia ada.

Azam juga mendakwa defendan telah menyalahgunakan peranan beliau sebagai seorang wartawan penyiasat untuk memanipulasi dan mengelirukan orang awam bahawa kenyataan fitnah itu adalah benar walaupun hakikatnya ia adalah tidak benar serta bersifat spekulatif.

Plaintif berkata surat tuntutan telah dikeluarkan supaya defendan memadam kenyataan fitnah itu dan memohon maaf namun Lalitha, melalui peguamnya, telah mengeluarkan kenyataan di akaun Twitter yang menyatakan beliau berpegang teguh dengan artikel tersebut yang jelas tidak menunjukkan sebarang penyesalan.

Dakwa Azam, penerbitan fitnah itu menyebabkan nama dan reputasinya tercemar dan oleh itu, beliau menuntut perintah bagi menghalang Lalitha atau ejennya daripada membuat, menerbitkan atau menyebabkan kenyataan berbaur fitnah tersebut diterbitkan semula selain memohon defendan memadam artikel dan ciapan dalam tempoh tiga hari penghakiman dibuat serta permohonan maaf dalam akhbar atau media sosial pilihan plaintif.

Turut dituntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta dan ganti rugi teruk, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Spekulasi Kontrak Tak Disambung: ‘No Comment’ - Azam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dakwaan PM Tangguh Laporan Pegangan Saham Azam Baki Tak Benar - Sumber

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RM177 Juta Disita Siasatan Kes Ismail Sabri, Terbesar 3 Bulan Pertama Tahun Ini - Azam Baki

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad