web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anak Penyu Mati Tertelan Plastik Di Marang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 8:44PM

Penyu ini ditemui mati dengan mulut dipenuhi plastik di pantai Kampung Pulau Kerengga, Marang, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Seekor anak penyu dipercayai spesis karah ditemui mati dengan mulut dipenuhi plastik di pantai Kampung Pulau Kerengga, di sini, hari ini.

Bangkai penyu itu yang turut mengalami kesan luka di badan, ditemui seorang mekanik, Mohd Affendy Abd Aziz, 41, ketika dia berkunjung ke kawasan rekreasi terbabit.

“Saya biasa berkunjung ke pantai ini setiap pagi, tetapi hari ini saya terkejut apabila menemui seekor penyu terdampar di pantai.

“Apabila mendekati penyu itu, saya nampak ada gumpalan plastik di mulutnya. Saya cuba tarik keluar plastik itu dengan harapan haiwan berkenaan masih bernafas, malangnya ia tidak dapat diselamatkan,” katanya kepada media, hari ini.

Penyu dari spesis karah ini ditemui mati dengan kesan plastik di dalam mulutnya.
Penyu dari spesis karah ini ditemui mati dengan kesan plastik di dalam mulutnya.

Terdahulu, Mohd Affendy memuat naik penemuan bangkai haiwan itu di Facebook dan perkongsiannya tular.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat, berkata sebanyak empat ekor penyu ditemukan mati dalam tempoh dua minggu tahun ini.

Katanya, pada 3 Januari lalu, seekor penyu betina dewasa spesis agar ditemukan mati di Pantai Penunjuk, Kijal, di Kemaman.

“Manakala pada 12 Januari, dua kes kematian penyu betina dewasa spesis sama direkodkan, masing-masing di Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus dan Pelabuhan Chendering di Kuala Terengganu.

“Terbaharu, hari ini satu kes kematian membabitkan anak penyu ditemukan di Pulau Kerengga, Marang,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad