web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Thaipusam: Upacara Kavadi Tidak Dibenarkan - Halimah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 8:11PM

Upacara 'paal koodam' bagi perayaan Thaipusam kali ini dibenarkan namun perlu mengikut SOP yang ditetapkan. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Upacara 'paal koodam' atau menjunjung belanga mengandungi susu, aktiviti sembahyang serta perjalanan pedati, dibenarkan tanpa melibatkan acara ‘kavadi’ bagi perayaan Thaipusam kali ini dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata ‘paal koodam’ dibenarkan bermula Jumaat ini (14 Januari) hingga 19 Januari dengan penetapan jumlah kehadiran yang berbeza mengikut kuil.

“Setiap sesi adalah selama 30 minit dan diikuti kerja-kerja sanitasi selepas itu. Bagi Kuil Sri Subramaniar Swamy Temple Batu Caves, Selangor jumlah untuk paal koodam tidak melebihi 100 orang.

“Bagi Kuil Arulmigu Balathandayuthabani dan Kuil Nagarathar Thandayuthapani GeorgeTown, Pulau Pinang; Kuil Ipoh Hindu Devastanam Paripalana Sabah, Perak dan Kuil Sri Subramaniyar Thevasthana Paripalana Sabah, Sungai Siput, Perak, tidak melebihi 50 orang,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Halimah berkata bagi kuil selain daripada lima kuil itu, jumlah orang terlibat untuk ‘paal koodam’ tidak melebihi 30 orang.

Beliau berkata pembawa ‘paal koodam’ diwajibkan membuat pendaftaran dengan pihak pengurusan kuil terlebih dahulu, dan memakai tag yang disediakan.

Halimah berkata upacara sembahyang secara bersesi serta perjalanan dan pergerakan kereta pedati pula dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya 12 sesi sembahyang ditetapkan dari 16 hingga 17 Januari, serta 19 Januari bermula 5 pagi hingga 5 petang, manakala 18 sesi ditetapkan bagi 18 Januari ini bermula 5 pagi hingga 11 malam, dengan jumlah kehadiran mengikut kuil masing-masing.

“Di Kuil Sri Subramaniar Swamy Temple Batu Caves tidak melebihi 6,000 orang setiap hari. Setiap sesi sembahyang selama 30 minit diikuti proses sanitasi dengan jumlah setiap sesi di kuil ini tidak melebihi 500 orang.

“Selain itu, hanya ahli pengurusan kuil sahaja dibenar mengiringi kereta pedati dan mereka wajib mendaftar dengan pihak pengurusan kuil untuk mendapatkan tag kebenaran, serta perlu mendapat kelulusan pihak polis,” katanya sambil menambah SOP lengkap Thaipusam akan dimuat naik di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, Halimah berkata mana-mana kuil yang dikesan mempunyai kes COVID-19, akan diarah untuk membatalkan sebarang upacara Thaipusam di kuil itu. 

Beliau berkata meskipun perayaan itu bakal disambut penganut Hindu pada 18 Januari ini, terdapat penganut yang menunaikan nazar awal daripada tarikh berkenaan.

“Kalau berlaku satu kes melibatkan upacara Thaipusam pada mana-mana tarikh awal 14 hingga 17 dan 18 Januari, kita akan minta hentikan dan batalkan. Tutup untuk satu kuil itu sahaja,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pihak pengurusan kuil untuk membenarkan hanya gerai jualan kekal di bawah pengurusan mereka sahaja beroperasi sepanjang perayaan, manakala sumbangan makanan dan minuman percuma (thanir phandal dan anamthanam) adalah tidak dibenarkan.

Menurutnya, gerai jualan sementara dalam bentuk promosi atau jualan di dalam atau luar kawasan kuil juga tidak dibenarkan.

Thaipusam merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan ‘Thai' iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil, untuk memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya Dewi Parvati bagi menghapuskan kuasa jahat iaitu Soorapadman, dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.

Sementara itu, Halimah memaklumkan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 semalam telah meluluskan SOP perayaan Tahun Baharu Cina dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad