web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Senapang Angin Seludup Dirampas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 5:32PM

Antara senapang angin yang dirampas oleh APMM di Pulau Sialu, semalam. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Lima laras senapang angin yang cuba dibawa masuk dari negara jiran berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat di perairan Pulau Sialu di sini, kira-kira 7.20 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, senapang angin itu disyaki dibawa masuk dari Indonesia.

Katanya, rampasan itu dilakukan hasil maklumat risikan dan intipan berterusan mengenai aktiviti penyeludupan di perairan terbabit.

"Kita telah menemukan dan merampas lima laras senapang angin disyaki cuba diseludup  masuk.

"Rampasan dibuat berikutan maklumat risikan mengenai aktiviti terbabit dan aset APMM telah diatur gerak untuk melaksanakan pemantauan sekitar  lokasi kejadian," katanya hari ini.

Menurut beliau, pada mulanya, tiada sebarang pergerakan bot atau suspek mencurigakan dikesan sekitar lokasi itu, namun pasukan operasi menjumpai satu karung guni putih dan beg hitam di kedudukan lebih  kurang 13.5 batu nautika barat daya Pulau Sialu, ketika melakukan pemeriksaan sekitar kawasan Beacon Panjang Utara.

"Hasil pemeriksaan, beg hitam itu berisi senjata api jenis senapang angin berserta sebuah kotak besi berisi peluru jenis bearing," jelasnya.

Mohammad menarik perhatian, keseluruhan barang yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM10,000.

Semua barang rampasan katanya, dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut mengikut Akta Senjata Api 1960.

Beliau berkata, APMM akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan.

"APMM akan terus memastikan perairan Johor selamat, aman dan terkawal," katanya. - Getaran, 12 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi