web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Siasat Isu Bantuan Mangsa Banjir Di Segamat Dibangkitkan Ahli Politik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 8:01AM

Ketinggian air yang hampir menenggelamkan sebuah rumah yang dibina setinggi 14 kaki di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat pada 5 Januari lalu. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Diraja Malaysia sedang melakukan siasatan berhubung isu pemberian bantuan mangsa banjir di Daerah Segamat yang dibangkitkan oleh seorang ahli politik dan disiarkan dalam satu sidang media secara langsung di platform media sosial semalam. 

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin berkata pihaknya melakukan siasatan susulan laporan polis yang diterima berhubung siaran langsung itu.

“Dalam sidang media tersebut, ahli politik berkenaan telah menyentuh isu berkaitan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Segamat.

Kerajaan Negeri Johor melalui pejabat-pejabat daerah telah mengeluarkan tatacara, prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan bagi tujuan penyelarasan dan keselamatan demi kebaikan semua pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menjelaskan lebih lanjut, Khaw berkata pihaknya tidak beranggapan bahawa mana-mana sukarelawan daripada badan bukan kerajaan atau parti politik yang memberikan bantuan adalah merupakan suatu kesalahan undang-undang.          

“Pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang secara adil dan saksama untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau tidak,” katanya. 

Khaw menjelaskan susulan itu, pihaknya bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan atas laporan polis yang diterima dan hasil siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara sebelum pertuduhan dibuat. 

Beliau pada masa sama menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan seperti media sosial atau platform lain untuk melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengganggu- gugat ketenteraman dan keselamatan awam berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari suatu perintah yang diisytiharkan oleh seorang penjawat awam, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi