web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Obor-Obor Beracun Kembali Di Pantai Terengganu, Orang Ramai Dinasihat Berwaspada

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 12:00PM

Sengatan obor-obor ini amat menyakitkan dan orang rami dinasihati untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan jika disengat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Obor-obor beracun dikenali sebagai portuguese man o’ war atau nama saintifiknya physalia physalis dilihat muncul kembali di pesisir pantai di Terengganu.

Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat, berkata hasil tinjauan dijalankan pihaknya hari ini, menemukan obor-obor itu di sekitar pantai Kampung Kelulut dan Pulau Kerengga di Marang.

“Setakat pagi ini kita menemukan empat ekor obor-obor terdampar di pantai. Tinjauan masih dijalankan dan kita tidak menolak kemungkinan terdapat lagi obor-obor spesies sama di kawasan itu.

“Fasa musim monsun Timur Laut yang berlaku ketika ini menjadi antara faktor obor-obor berkenaan terdampar di pesisir pantai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ruzaidi berkata, obor-obor itu bergerak dengan cara hanyut dibawa arus atau angin dan bagi mengelakkan ancaman di permukaan air, ia akan tenggelam buat seketika.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan kemunculan haiwan itu dan tidak melakukan aktiviti di kawasan pesisir pantai.

Katanya, biarpun kes maut membabitkan individu disengat obor-obor adalah rendah, namun sengatan itu sangat berbisa.

“Purata panjang sulur sesungut obor-obor boleh mencapai lebih 30 kaki dan diliputi nematocyst dipenuhi racun yang mampu melumpuhkan, membunuh ikan serta makhluk kecil lain.

“Sengatan obor-obor ini amat menyakitkan. Obor-obor mati dan dihanyutkan ke pantai juga boleh menyebabkan sengatan jika tersentuh.

“Bagaimanapun, jika terkena sengatan, mangsa perlu segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta mana-mana individu yang melihat  obor-obor dilokasi lain supaya segera  melaporkannya kepada Jabatan Perikanan berhampiran.

Semalam tular di laman Facebook mengenai kemunculan semula obor-obor beracun di pantai Kampung Kelulut.

Kali terakhir spesies hidupan beracun itu dilihat di perairan Pantai Timur pada Februari 2020.

Malah, kemunculan lebih 1,000 obor-obor pernah direkodkan di perairan Lautan Hindi. - Getaran, 9 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad