web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilikan Saham: DAP Tawar Khidmat Guaman Percuma Kepada Lalitha

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 1:18PM

Lalitha Kunaratnam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP menawarkan khidmat guaman secara pro bono atau percuma kepada pemberi maklumat berhubung dakwaan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, berkata tawaran itu diberikan melalui pasukan guaman parti berkenaan untuk membela aktivis anti rasuah, Lalitha Kunaratnam yang berdepan tuntutan saman difailkan Azam.

“Azam tidak wajar mengeluarkan surat tuntutan itu. Beliau sepatutnya meminta siasatan penuh terhadap dakwaan pertuduhan konflik kepentingan dikaitkan terhadapnya. 

“Oleh itu, pasukan guaman DAP Kuala Lumpur menawarkan perkhidmatan kepada Lalitha secara pro bono untuk mempertahankan kesnya di mahkamah undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Kelmarin, Lalitha yang juga bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4) mengesahkan sudah menerima surat tuntutan (LOD) daripada Azam.

Azam sebelum ini dalam satu sidang media memaklumkan beliau akan mengeluarkan saman terhadap mana-mana individu yang bertindak mencemarkan reputasinya dan SPRM. 

Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan tidak berasas itu tidak berulang.

Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016.

Namun, Azam menjelaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak memiliki kepentingan serta pemilikan saham dalam mana-mana syarikat.

Tegas beliau, akaun itu digunakan adiknya, Nasir Baki untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

“Akaun saham saya digunakan oleh adik saya. Saya tidak mempunyai kepentingan dalam saham yang dibeli.

“Saham dibeli oleh adik saya dan syarikat-syarikat tidak ada kaitan dengan (mana-mana) siasatan SPRM,” katanya.

Malah beliau menjelaskan tindakan adiknya menggunakan nama beliau untuk membeli saham tersebut tidak seharusnya dijadikan isu.

“Sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka,” katanya. - Getaran, 8 Januari 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad