Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dos Penggalak, Henti Sebar Kenyataan Lama – Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 11:34AM

Khairy menggesa segelintir pihak supaya tidak mencetuskan panik dengan menyebarkan kenyataan lama mengenai dos penggalak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan dakwaan tidak berasas mengenai suntikan dos penggalak.

Berdasarkan paparan skrin dikongsi Khairy di Twitter hari ini, dakwaan yang tular itu mendesak kerajaan supaya menghentikan program suntikan dos penggalak bagi mengelak lebih ramai nyawa terkorban.

Pihak terbabit turut berkongsi pautan artikel bertajuk ‘Panel FDA Tolak Rancangan Suntikan Penggalak Pfizer’ yang disiarkan sekitar September tahun lalu.

Menurut Khairy, pengetahuan ahli saintis mengenai virus COVID-19 sentiasa dikemaskini disebabkan ia merupakan virus baharu.

“Contoh, dulu mungkin pakar tidak syorkan dos penggalak untuk semua, tapi sekarang lain,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan kenyataan lama berhubung suntikan dos penggalak yang boleh menimbulkan panik.

“Tengok tarikh statement (kenyataan). Jangan tular statement lama sahaja untuk tujuan menakutkan orang,” katanya.

Pada November lalu, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH), Dr Kalaiarasu M Peariasamy berkata, rumusan saintifik pemberian vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech sebagai dos penggalak di luar negara termasuk Thailand, Chile dan Turki menunjukkan keberkesanan yang baik.

"Apa yang kita lihat, untuk golongan muda dan lebih 65 tahun, vaksin Pfizer yang diberi sebagai dos penggalak menunjukkan peningkatan imuniti. Ini pada tahap tinggi," katanya.

Dr Kalaiarasu berkata, kajian di Chile menunjukkan dos penggalak secara homologous iaitu penerima vaksin Coronavac menerima dos penggalak dari jenis vaksin sama, menyaksikan peningkatan keberkesanan terhadap jangkitan antara 56 hingga 80 peratus.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut memaklumkan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, CoronaVac keluaran Sinovac/Pharmaniaga Lifescience dan AstraZeneca sudah diluluskan untuk digunakan sebagai dos penggalak.

Malah, sela masa baharu bagi pemberian dos penggalak kepada penerima vaksin Pfizer dan Astrazeneca ditetapkan tiga bulan selepas menerima dos kedua.

Setakat semalam, seramai 22,878,955 atau 97.7 peratus individu dewasa sudah lengkap divaksinasi.

Seramai 23,164,441 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 7,570,846 sudah mengambil suntikan dos penggalak. - Getaran, 8 Januari 2022
 

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Semasa 1 hari yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM