web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


50 Rakyat Malaysia di Kazakhstan Selamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 6:29PM

Sebuah kenderaan terbakar berhampiran bandar Almaty, pada 6 Januari 2022. Setakat ini 12 anggota keselamatan terbunuh manakala 353 cedera dalam keganasan di Kazakhstan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seramai 50 rakyat Malaysia di Kazakhstan dilaporkan selamat susulan pergolakan di negara itu yang tercetus sejak beberapa hari lalu akibat tunjuk perasaan bagi membantah kenaikan harga bahan api.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, keadaan rakyat Malaysia berkenaan sedang dipantau dan mereka sudah diminta menghubungi pihak kedutaan bagi memaklumkan perkembangan semasa masing-masing.

“Kenyataan rasmi lebih terperinci mengenai Kazakhstan akan dikeluarkan Wisma Putra pagi esok,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas status rakyat Malaysia di negara berkenaan pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Indera Mahkota di sini, hari ini.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, pergolakan melanda negara terbabit tercetus selepas ribuan rakyat mengadakan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga bahan api, sehingga menyaksikan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev mengisytiharkan darurat sejak Rabu lalu. 

Tunjuk perasaan itu dilaporkan ‘merebak’ ke seluruh negara berkenaan, malah difahamkan lebih 20 anggota pasukan keselamatan dan puluhan orang awam terkorban apabila keadaan bertukar ganas. 

Keadaan itu adalah keganasan terburuk di Kazakhstan sejak mencapai kemerdekaan 30 tahun lalu.

Menurut agensi berita Russia, TASS, ramai penduduk terbunuh dan cedera dalam keganasan itu.

Semalam, Russia mengerahkan pasukan askar payung terjunnya untuk mengakhiri pemberontakan di Kazakhstan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin mengumumkan pelantikan pegawai khas baharu beliau yang berkuatkuasa Oktober dan November lalu. 

Mereka adalah Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) Pahang, Datuk Randdy Yap Kim Heng yang dilantik Pegawai Khas Menteri Mengenai Asia Timur dan Pengurus Besar Yayasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Mohd Banuri Aris sebagai Perunding Hal Ehwal Kebajikan Antarabangsa. 

“Saya percaya untuk melaksanakan sesuatu yang baik kita mesti ada kerjasama melibatkan sektor kerajaan, swasta dan masyarakat sivil, jadi sebab itu saya lantik individu bukan daripada sektor kerajaan sebagai penasihat.

“Kedua-dua individu dilantik ini ada pengalaman dan kepakaran masing-masing di peringkat antarabangsa, malah mereka tidak menerima sebarang gaji, elaun atau imbuhan,” katanya. - Getaran, 7 Januari 2022.

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar