web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ringankan Beban Pemilik Kenderaan Terjejas Banjir, PIAM Sedia RM2.43 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 5:10PM

PIAM tawar bantuan sebanyak RM2.43 juta bagi meringankan bebanan mangsa banjir untuk membaik pulih kenderaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nasib pemilik kenderaan yang ditenggelami banjir besar, baru-baru ini terbela apabila Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menawarkan bantuan kewangan sebanyak RM2.43 juta.

Bantuan itu ditawarkan menerusi Dana Bantuan Banjir Tanggungjawab Sosial Korporat (Dana CSR) bagi meringankan bebanan mereka untuk membaik pulih kenderaan.

Menurut PIAM, dana itu ditawarkan kepada pemilik kenderaan terjejas banjir yang mempunyai polisi insuran sah ketika bencana terbabit atau kenderaan diinsurankan pada atau selepas 1 Jun 2021.

“Dana CSR disediakan dalam bentuk subsidi ini adalah untuk kos pembersihan mekanikal (tidak termasuk pembaikan) di bengkel disediakan pihak insuran.

“Tawaran dana ini akan ditutup sebaik jumlah subsidi sebanyak RM2.43 juta itu habis dituntut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

PIAM berkata, subsidi itu akan disalurkan kepada setiap pemilik kenderaan, termasuk motosikal, kenderaan persendirian dan kenderaan komersial tanpa mengira jenis polisi iaitu perlindungan menyeluruh dengan atau tanpa lanjutan peril khas, kebakaran serta kecurian pihak ketiga.

“Subsidi diberikan adalah berdasarkan kos asas sebenar ditanggung dan dihadkan kepada maksimum RM100 setiap motosikal dan maksimum RM500 bagi setiap kenderaan persendirian atau komersial,” katanya.

Pada masa sama, PIAM berkata, tuntutan subsidi yang diterima tidak akan menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) pemilik.

Jelasnya, pemegang polisi yang memenuhi syarat ditetapkan boleh memohon subsidi dengan mengemukakan permohonan dalam talian melalui portal MyCSR-Flood.my berkuat kuasa 15 Januari ini.

Bagi permohonan itu, katanya, pemilik kenderaan perlu menyertakan gambar jelas kenderaan ketika banjir dan pasca banjir, selain mengemukakan resit bayaran daripada bengkel.

“Mereka yang ingin membuat tuntutan boleh memasuki portal MyCSR-Flood.my dan mengikuti langkah mudah serta arahan dinyatakan di laman itu,” katanya.

Mengulas lanjut, PIAM berkata, pemohon boleh menyemak status tuntutan mereka dalam masa 14 hari selepas tarikh penghantaran dengan menghubungi syarikat insuran.

“Pembayaran tuntutan Dana CSR kepada pemohon layak akan dikreditkan terus ke akaun bank diberikan.

“Maklumat lanjut mengenai Dana CSR juga boleh diperoleh dengan melayari portal MyCSRFlood.my atau menghubungi syarikat insuran masing-masing,” katanya. - Getaran, 7 Januari 2022.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek