Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program Perlindungan Pelarian Rohingya Perlu Disemak, Jangan Melepas Batok Di Tangga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 8:24AM

Seorang kanak-kanak Rohingya dirakamkan meminta sedekah di tengah jalan, sekali gus mengundang bahaya. - Gambar dari twitter @jnmalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak dipercayai etnik Rohingya mengemis di jalanan dekat sekitar ibu kota beberapa hari lalu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna jalan raya.

Menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial, kanak-kanak terbabit bukan sahaja mengetuk kuat tingkap kereta tetapi menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu.

Kelakuan biadap kanak-kanak tersebut masih hangat diperkatakan di media sosial sehingga salah seorang daripada mereka digelar sebagai ‘Long Tiger Jr’.

Isu terbabit hangat diperkatakan, hingga turut mendapat perhatian Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Profesor Dr Kartini Aboo Talib.

Menurut beliau, kanak-kanak pelarian lazimnya sudah terbiasa berkelakuan agresif disebabkan pelbagai faktor.

“Kelakuan agresif itu ibarat peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’ bagi golongan pelarian kerana tekanan hidup yang mereka hadapi.

“Fenomena yang berlaku di negara ini juga boleh dilihat di beberapa bandaraya lain dunia seperti Jakarta (Indonesia), Kathmandu (Nepal), Old Delhi (India), dan Mumbai (India),” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Dr Kartini Aboo Talib
Dr Kartini Aboo Talib

Lebih memburukkan keadaan apabila ada individu mendakwa golongan tersebut kebal undang-undang kerana memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

Begitupun, Kartini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

“Dakwaan itu tidak benar. Hukuman (boleh dikenakan) bergantung kepada bentuk kesalahan. Jika kesalahan berat, maka mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kad UNHCR hanya sebagai bukti bahawa mereka adalah golongan pelarian yang dilindungi. Ini disebabkan pelbagai faktor di negara asal yang mengusir mereka,” katanya.

Susulan itu, beliau mencadangkan beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah serius itu sebelum menjadi lebih parah.

Antaranya Kartini berkata, polis perlu memantau beberapa kawasan yang menjadi ‘hotspot’ golongan berkenaan melaksanakan aktiviti mereka.

“Kena tingkatkan kawalan di kawasan yang dikenalpasti ramai pengemis kanak-kanak. Jika amaran tak diendahkan, mereka boleh ditahan dan dibawa ke kem perlindungan UNHCR.

“Pihak berkuasa juga perlu memastikan kanak-kanak itu berada di sekolah yang disediakan UNHCR sepanjang waktu pembelajaran,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa dan UNHCR juga disarankan mewujudkan program bersesuaian untuk golongan tersebut.

“Saya cadangkan buatlah program yang sesuai untuk mengisi masa lapang mereka. 

“Jika mereka boleh bekerja pada usia yang sesuai, pas kerja sementara boleh dikeluarkan tetapi perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Walaupun kelakuan biadap golongan itu menjengkelkan orang ramai, Kartini berkata kanak-kanak etnik Rohingya wajar dilindungi.

“Akta Kanak-Kanak di Malaysia mendefinisikan kanak-kanak sebagai golongan yang dilindungi, berada di bawah usia 18 tahun ke bawah tanpa mengira status warganegara. 

“Dari segi akses kepada kehidupan sejahtera dan pendidikan, kanak-kanak ini wajib mendapat akses pendidikan dan kesihatan yang saksama,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan supaya melakukan semakan semula terhadap program perlindungan pelarian Rohingya, agar bantuan yang disediakan tidak sekadar melepas batok di tangga.

“Soal kemanusiaan adalah asas nilai sebuah kehidupan. Umum mengetahui bahawa pelarian Rohingya adalah bangsa tanpa negara yang dizalimi junta Myanmar. 

“Membantu mereka dengan kaedah pengurusan yang sistematik dan sesuai dengan maksud melindungi harus diurus bergandingan dengan UNHCR,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kanak-kanak etnik tersebut tidak patut dipersalahkan atas kegagalan kerajaan menghalang mereka daripada dipergunakan sebagai pengemis.

“Kanak-kanak Rohingya tidak patut dipersalahkan apabila mereka hidup di jalanan.

“Kita (kerajaan) yang gagal memberikan perlindungan mencukupi kepada mereka, hingga menjadi pengemis atas permintaan orang dewasa,” katanya. - Getaran, 7 Januari 2022

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah, Kata KPN