Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tidak Ada Persamaan Jenayah Dilakukan Najib Dengan Skandal BNM - Dr Mahathir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 6:00PM

Dr Mahathir mengecam tindakan Najib yang cuba mengalih perhatian berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadapnya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umum mengetahui kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sering sindir-menyindir antara satu sama lain di media sosial.

Terbaharu, Dr Mahathir mengecam tindakan Najib yang cuba mengalih perhatian berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadapnya dengan menuduh beliau turut melakukan kesalahan sama ketika menjadi Perdana Menteri.

“BNM tidak dikehendaki lapor kepada saya akaun BNM.”

“Apabila Najib ditegur kerana menyalahguna kuasa dan mencuri duit kerajaan, dia akan cuba alih perhatian daripada kesalahannya.

“Dia menuduh bahawa saya sebagai Perdana Menteri juga berbuat perkara sama,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Tegas Ahli Parlimen Langkawi itu, semasa Najib menjadi Perdana Menteri, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kononnya beliau menyembunyikan isu skandal Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengalami kerugian RM30 bilion.

Namun katanya, RCI tidak dapat membuktikan beliau menyembunyikan kehilangan tersebut.

“BNM tidak dikehendaki lapor kepada saya akaun BNM. Adalah mustahil bank melapor kehilangan RM30 bilion dan meminta saya rahsiakan kehilangan ini.

“Akaun BNM diaudit dan audit tentu dapat kesan yang bank telah sembunyi kehilangan ini jika benar dan akan lapor.

“Jika tidak pihak audit tentu bersalah jika tidak melapor kehilangan ini,” katanya.

“Najib dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta,”

Pada masa sama, beliau turut memberi perbandingan antara kes membabitkan Najib dengan dirinya.

“Sementara Najib didapati memasukkan wang dalam akaunnya, tidak ada satu sen pun dari wang yang dikatakan disembunyikan masuk ke akaun saya.

“Akhirnya Najib didapati bersalah kerana bukti menunjukkan dia mempunyai hampir satu bilion dalam akaunnya. Dan dia dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta,” katanya.

Dr Mahathir turut menyangkal wujud persamaan antara jenayah dilakukan Najib dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

“Tidak ada persamaan antara jenayah yang dilakukan Najib dengan dakwaan kononnya menyembunyikan kehilangan duit BNM sebanyak RM30 bilion.

“Najib merayu kepada Mahkamah Rayuan tetapi mahkamah tersebut bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa dia bersalah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya diteruskan,” katanya.

Dr Mahathir turut mengkritik tindakan Najib yang didakwa cuba memburukkan nama beliau kerana membantah projek Forest City di Johor.

“Projek ini bertujuan membangunkan sebuah bandar mewah dalam Selat Tebrau dengan menebus guna tanah. Perancangan yang diluluskan ialah untuk membangunkan bandar mewah yang mampu dibeli hanya oleh jutawan dari China.

“Pemilikan tanah adalah secara kekal. Bandar ini pula akan diberi taraf bebas cukai. Walaupun penduduk bukan warga negara Malaysia, tetapi mereka bebas ke tanah besar Malaysia atau Singapura,” katanya.

“Kerana Najib telah hutang berbilion ringgit, kerajaannya terpaksa mendapat bantuan swasta untuk bayar faedah hutang.”

Malah Dr Mahathir berkata, beliau sendiri telah melawat projek tersebut dengan kebanyakan pekerjanya dari China.

“Berduyun-duyun pelawat datang dari China semasa saya buat lawatan. Mereka datang untuk membeli rumah-rumah mewah yang akan dibina.

“Pelawat warga Malaysia tidak pun sampai dua puluh. Mereka adalah pelancong yang ingin lihat taman yang cantik yang sudah siap dibina,” katanya.

Beliau berkata, jika projek itu ditamatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), ganti rugi beberapa bilion ringgit perlu dibayar.

“Kerana Najib telah hutang berbilion ringgit, kerajaannya terpaksa mendapat bantuan swasta sebanyak dua bilion untuk bayar faedah hutang.

“Yang mampu dibuat oleh kerajaan PH ialah menasihat Country Garden supaya rumah kos rendah yang boleh dibeli orang Melayu dan Cina Malaysia perlu disediakan. Country Garden akur,” katanya.

Jelas beliau, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu telah mengadakan majlis perasmian Dasar Komuniti Negara pada 17 Februari 2019.

“Saya dijemput untuk sampaikan sijil kepada antara lain Forest City kerana mengubah perancangan mengikut kehendak kerajaan.

“Ia bukan pengiktirafan projek Forest City yang telah pun diluluskan oleh kerajaan Najib Razak,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan projek Keretapi Pantai Timur tidak dapat ditamatkan kerana perjanjian sudah dibuat.

Katanya, apa yang boleh dilakukan adalah mengurangkan kos projek.

“Kerajaan PH dapat selamatkan RM20 bilion melalui rundingan dengan pihak kontraktor,” katanya.

Beliau turut mendakwa hutang kerajaan melebih RM1 trilion semasa pemerintahan Najib.

“Masih ada tuduhan yang Najib telah seleweng berbilion ringgit lagi dari wang 1MDB. Najib juga dapat RM150 juta yang dirampas di Pavillion yang dipercayai milik 1MDB.

“Tetapi mahkamah buat keputusan untuk beri balik kepada Najib wang itu dan lain-lain barang kerana orang ramai diberitahu kerajaan tidak dapat bukti yang duit tersebut duit 1MDB, iaitu duit kerajaan,” katanya.

Dakwanya lagi, berdasarkan situasi tersebut sudah jelas Najib memiliki wang berbilion ringgit.

“Tetapi Najib masih buat permohonan supaya dihadiahkan tanah dan rumah yang bernilai RM100 juta. Najib sendiri pilih tanah ini.

“Selain daripada membebankan kerajaan sekarang dan akan datang dengan hutang berbilion ringgit, apakah yang dilakukan oleh Najib yang melayakkannya diberi hadiah RM100 juta,” katanya.

“Sesuatu yang sudah hilang di Malaysia ialah perasaan malu. Nilai hidup yang hodoh ini jelas ternampak apabila penyokong Najib berkata, ‘Apa perlu malu, (Najib) bos kita’.”

Susulan itu, Dr Mahathir turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang belum membatalkan keputusan berhubung pemberian hadiah tersebut.

“Perdana Menteri lain tidak diberi hadiah oleh kerajaan sebanyak ini. Hingga sekarang kerajaan belum batal keputusan Kabinet untuk memberi hadiah ini.

“Najib kononnya tolak tetapi ia tetap akan terima akhirnya,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mahathir turut menyifatkan Najib sudah tiada perasaan malu meskipun pelbagai dakwaan salah laku dikaitkan dengan dirinya.

“Sesuatu yang sudah hilang di Malaysia ialah perasaan malu. Najib tidak malu dan ramai penyokongnya tidak malu apabila disogok, apabila didapati bersalah.

“Nilai hidup yang hodoh ini jelas ternampak apabila penyokong Najib berkata, ‘Apa perlu malu, (Najib) bos kita’.

“Dengan itu diciumlah tangan Najib, pencuri Melayu Islam,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Najib Fail Permohonan Cabar Kewujudan Titah Adendum, Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian Berkaitan Pemulihan Aset 1MDB Tidak Terperinci - Johari

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 20 jam yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 15 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM