web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taktik Lapuk, MUDA Tak Guna Duit Sumbangan Beli Alkohol - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 9:29PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengecam taktik murah dan lapuk yang digunakan untuk menyerang parti itu, berhubung tuduhan membeli minuman keras menggunakan duit sumbangan kepada mangsa banjir.

Pengasasnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tuduhan berkenaan adalah taktik lapuk yang sengaja diwujudkan bagi menjatuhkan mereka.

“Saya percaya taktik murah dan lapuk ini adalah taktik mereka yang terdesak. Kalau betul-betul nak tularkan isu, tularlah isu salah laku dan curi wang rakyat.

“Bawalah isu rasuah, guna wang rakyat untuk kepentingan diri. Itu baru isu yang perlu diangkat, bukan isu makan minum orang,” katanya menerusi satu kenyataan media sosial.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, MUDA sentiasa telus dengan perbelanjaan sumbangan yang diterima daripada orang ramai.

“MUDA tak guna duit sumbangan untuk beli minuman alkohol. Ini tuduhan paling tak masuk akal. MUDA is an open book. Semua sumbangan 100 peratus disalurkan kepada mangsa banjir.

“Minggu lepas saya dah buat sidang media dan tunjuk semua resit transaksi Mari Bantu. Semua urusan direkod dan akan diaudit. Tak perlu nak buat tuduhan kononnya MUDA salah guna duit beli minuman alkohol,” katanya.

Pada masa sama, Syed Saddiq menegaskan, tidak menjadi satu kesalahan buat ahlinya mengambil minuman keras melainkan jika mereka memandu di bawah pengaruh alkohol.

“MUDA wujud atas dasar toleransi. Selagi apa yang dibuat itu mengikut lunas undang-undang, tak apa lah. Parti ini, parti berbilang kaum.

“Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu. Kita hormat hak mereka dan mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyertai MUDA dalam misi membantu mangsa banjir.

“Berani kerana benar. Kalau nak tahu lebih lanjut dengan perbelanjaan MUDA, boleh datang ke Command Centre Misi Banjir MUDA.

“Kalau nak bantu Misi Banjir MUDA, boleh pergi ke sini. Kita dah bantu lebih 5,000 keluarga dengan sumbangan tunai dan in kind lebih RM3.2 juta,” katanya.

Dakwaan tersebut timbul selepas gambar sekumpulan lelaki yang mengenakan baju parti itu dilihat duduk semeja sambil minum alkohol dan menghisap rokok tular di Twitter.

Bagaimanapun lokasi gambar tersebut diambil dan sama ada individu terbabit ahli MUDA yang berdaftar tidak dapat disahkan. - Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek