web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengusaha Bas Sekolah Lega, Sekolah Akan Dibuka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 5:03PM

Ang Beng Teong, melakukan sanitasi pada van sekolahnya sebagai persiapan menjelang pembukaan sekolah, 10 Januari depan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pengusaha bas sekolah di negeri ini menghela nafas lega apabila sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bagi negeri-negeri Kumpulan B termasuk Pulau Pinang, akan bermula pada 10 Januari ini.

Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Pulau Pinang, Ang Beng Teong, 68, berkata dari segi persiapan pihaknya melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan malah turut mengingkatkan ibu bapa supaya menjaga kesihatan diri dan anak-anak agar sebarang bentuk penularan COVID-19 dapat dikekang sepenuhnya dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kita akan pastikan setiap kanak-kanak yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah sihat serta mengimbas suhu dan menggunakan pencuci tangan sebelum menaiki bas.

"Malah, kita juga akan melakukan kerja sanitasi sebelum memulakan perkhidmatan pada sebelah pagi, tengah hari dan malam, demi memastikan keadaan bas sentiasa bersih dan keselamatan penumpang terjamin,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.

Langkah kawalan dan pencegahan, katanya, perlu dimulakan dari rumah kerana ia mampu membendung sebarang bentuk penularan wabak dalam kalangan penumpang bas sekolah itu serta dirinya sebagai pemandu.

“Kalau semua jaga prosedur operasi standard (SOP), penyakit dapat dielakkan. Kerajaan juga perlu laksanakan tindakan lebih ketat dalam memastikan SOP kekal dipatuhi,” katanya.

Sementara itu, Ang berkata kira-kira 30 daripada 200 orang anggota persatuan itu terpaksa gulung tikar tahun lepas berikutan pandemik COVID-19 dan beralih kepada pekerjaan lain demi meneruskan kelangsungan hidup.

Beliau berkata arahan penutupan sesi persekolahan yang tidak berkala apabila kes meningkat dan penemuan varian baharu seperti Omicron, turut menimbulkan keresahan pengusaha bas dan ibu bapa, khususnya berkaitan pembayaran yuran perkhidmatan bas sekolah.

Menurut Ang, pihaknya memahami situasi kewangan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik dan menerima separuh daripada jumlah bayaran yuran bulanan, iaitu sekitar RM100 hingga RM200, bergantung pada jarak. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi