web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sikap Biadap Pengemis Rohingya Calar Imej Malaysia, Tindakan Tegas Perlu Diambil

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 8:56AM

Tangkap layar video yang menunjukkan seorang kanak-kanak etnik Rohingya mengemis dengan gaya samseng di media sosial, hingga menjadi bualan ramai. - Gambar dari twitter @jnmalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beberapa klip video kanak-kanak etnik Rohingya mengemis di jalanan dengan gaya samseng yang tular di media sosial muktahir ini terus menjadi bualan hangat netizen.

Terbaru, seorang kanak-kanak dilihat berkelakuan biadap apabila cuba membuka pintu sebuah kereta yang berhenti di lampu isyarat merah.

Selepas cubaannya gagal, kanak-kanak itu kemudian menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu sambil mengetuk kuat cermin tingkap kereta tersebut.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata netizen menggesa pihak berkuasa bertindak segera mengatasi masalah berkenaan.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Isu berkenaan turut mendapat perhatian, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye yang menyifatkan aktiviti mengemis di jalanan itu boleh memalukan dan mencemarkan imej negara.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan situasi mengemis di jalanan dalam kalangan kanak-kanak etnik Rohingya menjadi semakin parah.

“Memandangkan ada banyak aduan diterima daripada orang ramai, saya mencadangkan agar pihak berkuasa menangani masalah serius ini.

“Bagi saya kelakuan biadap mereka seperti meludah di cermin kereta dan berlagak seperti samseng boleh memberi implikasi buruk kepada negara kita,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Pada masa sama Lam Thye berkata, tindakan kanak-kanak tersebut yang meminta sedekah dari semua kenderaan di persimpangan lampu isyarat boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Saya pernah melihat sendiri mereka meminta sedekah ketika lampu isyarat berwarna merah. Kalau tak beri wang mungkin dia akan bertindak agresif.

“Jadi saya rasa perlakuan ini boleh membahayakan keselamatan dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai,” katanya.

Sebenarnya, tindakan mengemis di kalangan komuniti tersebut bukan isu baharu.

Pada Mei 2020, isu yang hampir sama juga berlaku apabila seorang remaja Rohingya cuba membuka pintu kereta seorang pengguna jalan raya, ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran persimpangan bertingkat Batu Tiga dekat Shah Alam.

Kelibat peminta sedekah juga sering kelihatan di kawasan persimpangan jejambat ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Pada Oktober tahun lalu, aktiviti berkenaan sebenarnya sudah merebak ke beberapa lokasi di ibu negara.

Getaran difahamkan,  komuniti ini turut menjadikan Jalan Ampang Ulu dan Jalan Ampang sebagai kawasan meminta sedekah.

Ada antara mereka bertindak mengetuk tingkap kereta untuk meminta sedekah sambil mendukung anak kecil bagi meraih simpati pengguna jalan raya.

Aktiviti ini nyata perlu dibendung supaya ia tidak menjadi ‘budaya’ di negara ini.

“Menyirap sungguh aku tengok perangai budak ni,” kata seorang netizen, Royhendra_12.

“Tengok cara diaorang ni macam ada sindiket di belakang je. Agresif dia macam tak kena cara,” kata pula Mnassimx. – Getaran, 5 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 15 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad