web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemalangan Babit 3 Kenderaan, Pemandu Lori Alami Serangan Jantung - PDRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 4:56PM

Superintendan Shafa’aton Abu Bakar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga buah kereta di Jalan BRP 8/2 Sungai Buloh, Selangor disahkan berpunca daripada pemandu lori yang mengalami serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata pihaknya mengesan satu video tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki terlibat dengan kemalangan melibatkan empat kenderaan termasuk lori terbabit.

Menurutnya, pemandu lori terbabit dipercayai mengalami sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar tiga buah kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Bagaimanapun, semalam kira-kira jam 12.09 tengah hari, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Punca kematiannya adalah Myocardial Infacrtion (serangan jantung),” katanya hari ini.

Shafa’aton berkata, pihaknya menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati waris keluarga mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu klip video berdurasi 1 minit 18 saat, memaparkan seorang pemandu lori yang dilihat menghadapi kesulitan untuk bernafas selepas merempuh beberapa buah kenderaan di bahu jalan. - Getaran, 4 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad