Berita Terkini

8 jam yang lalu: Reman penganggur penggal kepala ibu dilanjutkan 4 hari 8 jam yang lalu: Dana RM10 juta bantu pengoperasian FAM - Ahmad Faizal 8 jam yang lalu: Seekor penyu spesies agar jantan dewasa ditemukan mati di perairan Pulau Kapas, di Marang 8 jam yang lalu: Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, 90 keluarga terima bantuan RM1,000 11 jam yang lalu: DUN Johor bubar: Langkah seterusnya akan diambil oleh Speaker DUN untuk maklum pada SPR - MB

IKUTI KAMI


Tangguh Umrah: Kabinet Akan Bincang Esok - PM

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 2:34PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Kabinet akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan isu penangguhan umrah seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini, susulan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada mesyuarat itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan membentangkan laporan terperinci mengenainya.

"Esok saya akan dapatkan gambaran sebenar mengenai isu umrah ini. Cuma saya hendak maklumkan keputusan KKM (tangguh umrah) lebih kepada hendak menjaga nyawa kita,”  katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini berhubung penangguhan umrah yang bakal dikuatkuasakan pada 8 Jan ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata perkara yang akan turut dibincangkan esok adalah berkenaan pasca banjir dan persediaan agensi-agensi berkaitan mengenai persiapan dalam menghadapi gelombang kedua banjir. - Bernama

Sorotan

1

88 Kilogram Ganja Dirampas, Babit Cubaan Seludup Di Sempadan

2

PM, Peja Doakan Kesihatan Tun M

3

5 Resipi Baharu Harus Cuba Untuk 2022

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Lagi Kluster Pendidikan Dilaporkan Di Sabah

oleh Mira Adilah Azmi

Semasa 20 jam yang lalu

Selepas Terbengkalai Sejak 2019, SMK Bandar Saujana Putra Dibuka Mac Ini

Semasa 19 jam yang lalu

#TangkapAzamBaki, Orang Ramai Kecewa Jalan Sekitar Ibu Negara Ditutup 

oleh Aiman Sadiq

Semasa 12 jam yang lalu

Tindakan ‘Gantung’ 2 Tahun Bunuh Karier Zii Jia

oleh Susan Albert