web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Johor Terus Bertambah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 2:20PM

Anggota APM menyelamatkan mangsa banjir untuk dipindahkan ke PPS di Johor. - Gambar ihsan APM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan peningkatan walaupun beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah sudah ditutup.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, terdapat 5,598 mangsa, terdiri daripada 1,516 keluarga yang masih ditempatkan di 79 PPS di tujuh daerah terjejas.

Segamat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi di 53 PPS yang menempatkan 4,103 mangsa banjir, melibatkan 114 keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, secara keseluruhan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor Bahru dan Tangkak sudah ditutup sejak semalam.

"Pada 7 malam semalam, satu-satunya PPS di Johor Bahru iaitu di Dewan Raya Sungai Tiram yang sebelum itu menempatkan dua mangsa dari Kampung Paya Nam Heng, ditutup.

"Jam 10 pagi tadi, PPS Sekolah Agama Bukit Banjar, Tangkak pula ditutup selepas seorang mangsa banjir di PPS itu dibenarkan pulang ke rumah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, daerah lain yang masih menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir termasuk Mersing dengan 541 individu daripada 142 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS daerah itu.

Selain itu, di Kota Tinggi, terdapat 210 mangsa daripada 61 keluarga ditempatkan di tiga PPS, manakala, seramai 112 daripada 34 keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS di Kluang dan 107 mangsa daripada 31 keluarga berada di tiga PPS dekat Batu Pahat.

Seramai 15 keluarga membabitkan 58 mangsa pula kini berada di tiga PPS di Muar dan sembilan PPS yang masih dibuka di Tangkak menempatkan 467 mangsa daripada 119 keluarga.

Vidyananthan menarik perhatian, keadaan cuaca di enam daerah negeri ini adalah cerah iaitu di Johor Bahru, Batu Pahat, Pontian, Kluang, Tangkak dan Kulai.

Jelasnya, hujan hanya berlaku di Kota Tinggi, manakala cuaca dilaporkan mendung di Muar, Segamat dan Mersing. - Getaran, 4 Januari 2022
 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar