web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


28 Kematian COVID-19, Pulau Pinang Catat Jumlah Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 11:47AM

28 kes kematian dengan 4 kes BID dilaporkan setakat tengah malam tadi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 28 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu empat kes dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pulau Pinang mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan enam kes, diikuti lima di Selangor, Perak (4), Kelantan (3), Johor (2), Pahang (2), Sabah (2), Terengganu (2) dan masing-masing satu di Kedah serta Sarawak.

Tiada kematian direkodkan di enam negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Setakat ini, COVID-19 telah meragut 31,560 nyawa di negara ini.

Sementara itu, sebanyak 39,733 kes aktif direkodkan di seluruh negara dengan 32,549 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Kira-kira 3,565 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 3,354 lagi menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 265 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 147 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat tengah malam tadi, kadar penggunaan katil hospital di beberapa negeri kekal berada pada kategori merah, iaitu lebih 70 peratus daripada kapasiti.

Kadar penggunaan katil hospital di Melaka terus mencatatkan kadar tertinggi berbanding negeri lain iaitu 80.2 peratus, disusuli Kelantan (76.1 peratus), Terengganu (74.8 peratus) dan Johor (71.4 peratus).

Lima negeri, iaitu Pahang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mencatatkan kadar penggunaan katil hospital di paras antara 60 hingga 69 peratus, manakala Kedah, Selangor, Sarawak, Putrajaya, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bawah 59 peratus.

Labuan pula merekodkan kadar penggunaan katil hospital pada kadar terendah, iaitu 34.2 peratus.

Setakat tengah malam tadi, kira-kira 25, 623, 153 atau 78.5 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi manakala 6,627,119 individu pula telah menerima dos penggalak. – Getaran, 4 Januari 2021

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan