web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UKM Sumbang RM700,000, Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 8:41AM

UKM telah menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM700,000 dan khidmat sukarelawan melalui Misi Bantuan Banjir UKM.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu nilai dimiliki masyarakat Malaysia yang sering dipuji ramai adalah sikap ringan tulang untuk membantu rakyat ketika musibah.

Keadaan itu dapat dilihat semasa penduduk di beberapa negeri berdepan banjir teruk apabila pelbagai pihak tampil menawarkan sumbangan dan bantuan bagi meringankan kesulitan dihadapi mangsa.

Antara pihak giat turun padang membantu mangsa sejak awal bencana di beberapa kawasan di Selangor, baru-baru ini adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyumbang kewangan sebanyak RM700,000 dan khidmat sukarelawan melalui Misi Bantuan Banjir UKM.

Kawasan itu adalah Salak Tinggi, Hulu Langat, Dengkil, Gombak, Klang, Shah Alam, Hulu Selangor, Banting, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, hasil sumbangan kewangan itu diperoleh menerusi kutipan pelbagai pihak, antaranya agensi kerajaan dan alumni.

Semua hasil kutipan berkenaan, katanya, diserahkan kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan kediaman dan harta benda sepanjang tempoh 14 hari misi terbabit dilaksanakan.

“Lebih 2,000 sukarelawan UKM yang terdiri daripada kakitangan dan mahasiswa turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, sama ada di kediaman atau di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sepanjang misi terbabit, sukarelawan kita menggunakan pacuan empat roda (4WD) dan bas untuk memudahkan pergerakan ke kawasan terjejas bencana,” katanya.

Mohd Ekhwan berkata, misi itu turut menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Jelebu dan Mantin, Negeri Sembilan; Temerloh, Pahang dan Yan, Kedah.

Lebih menarik, katanya, usaha terbabit turut disertai Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang turun padang ke beberapa lokasi.

Beberapa wakil pengurusan tertinggi UKM turut terlibat dalam misi berkenaan, seperti Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat (JIAM), Profesor Datuk Dr Norazah Nordin dan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), Profesor Madya Dr Roslee Rajikan.

Jelasnya, apa paling disyukuri adalah UKM berjaya mengumpul sumbangan berbentuk wang ringgit dalam masa cepat.

Katanya, tindakan sememangnya harus digerakkan dengan pantas kerana dalam situasi meruncing seperti itu, mangsa banjir amat memerlukan bantuan segera.

“Saya berterima kasih kepada semua bahagian di UKM, terutama alumni UKM dan HEP UKM yang menggerakkan misi ini dengan jayanya.

“Pada masa sama, saya tidak akan melupakan budi dan jasa penderma dalam kalangan agensi kerajaan, alumni, kakitangan, mahasiswa serta orang ramai yang amat prihatin dengan keadaan mangsa banjir,” katanya.

Menurut Mohd Ekhwan, bantuan dihulurkan sukarelawan kepada mangsa banjir itu, membuktikan UKM memainkan peranan sebagai sebuah universiti watan.

“Sebagai sebuah universiti watan, UKM amat prihatin dengan keperluan komuniti di sekitar dan seluruh negara.

“Jadi, jika berlaku bencana alam seperti ini, UKM akan segera memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar