web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Irama Buskers, Simbiosis Padu Kumpulan Pemuzik Jalanan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 8:28AM

Muhammad Aizad mendendangkan lagu Ikatan Asmara di Restoran Ros Sari, Cheras.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHERAS - Kehandalan pemuzik veteran, Ahmad Lokman Ismail dari kumpulan The Boys terserlah, apabila beliau dengan mudah mengharmonikan melodi tanpa sebarang sesi raptai.

Mesra disapa sebagai Lord, sepasang mata miliknya akan mengekor rapat kelincahan jari jemari Muhammad Aizad Azman yang rancak memetik gitar, sambil mendendangkan lirik lagu Ikatan Asmara, nukilan Harry Khalifah.

Setiap petikan gitar serta alunan suara serak-serak basah Aizad, yang terkenal dengan jolokan Bob Sentuhan, akan dipadankan dengan not bersesuaian oleh Lord, menggunakan papan nada elektronik miliknya.

Simbiosis mereka ternyata padu, apabila tiada langsung bunyi sumbang mencela sesi persembahan itu pada malam Jumaat lalu, di Restoran Ros Sari di sini.

“Dah lama saya tak dapat busking. Rindu. Lega dapat lepas gian,” seloroh Aizad kepada Getaran ketika berehat sebentar bagi menghormati laungan azan Isyak.

Ahmad Lokman Ismail atau dikenali sebagai Lord
Ahmad Lokman Ismail atau dikenali sebagai Lord

Senasib dengan penghibur jalanan yang lain, Aizad, 30, sudah berbulan tidak dapat mencari rezeki mencukupi melalui muzik, kerana pandemik COVID-19 yang membelenggu negara sejak awal tahun lalu.

Metallica pun tak boleh buat konsert.

“Tapi sekarang, alhamdulillah, busking telah dibenarkan semula. Jadi bolehlah rakan-rakan busker yang lain dapat mencari rezeki semula,” kata anak kelahiran Pulau Pinang itu, yang juga presiden persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020, beliau ada mencuba busking secara atas talian, namun pendapatan yang diraih tidak cukup untuk menyara kehidupannya.

“Memang agak susah. Sebelum PKP, saya boleh raih dalam RM80 hingga RM150 sehari. Saya dan isteri saya harus berniaga, kami menjual biskut semperit, tart nenas. Saya juga ada jual baju dan pelekat (sticker) secara kecil-kecilan.

Berbusking di restoran adalah antara aktiviti yang baru-baru ini dibenarkan oleh kerajaan mulai 5 Mac, susulan penamatan PKP untuk diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 2 Mac lalu.

“Ramai kawan-kawan buskers saya dah tukar kerja, buat GrabFood. Ada juga yang jadi tukang masak. Terpaksa ikhtiar cara lain selain dari jalan muzik,” kata Aizad yang sudah 11 tahun berbusking di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Meskipun dilanda kesukaran kewangan sepanjang tempoh PKP, Aizad redha dengan ujian yang terpaksa ditempuhinya.

Beliau juga akur bahawa pendapatannya melalui busking tidak akan serta merta kembali pulih seperti tahap pra-pandemik.

“Saya redha. Memang kita kena hadapi musibah ini. Tapi saya sedar, ada lagi yang lebih susah dari saya.

“Saya takkan berputus asa untuk busking sebab saya percaya rezeki itu kententuan Allah. Kita kena buat apa yang kita nak buat dan, insya Allah, Tuhan akan membantu,” kata Aizad. - Getaran, 9 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

2

Muzik 2 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

3

Muzik 1 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

4

Muzik 1 minggu yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

4

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 minit yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar