web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Di 5 Negeri Diminta Waspada, Paras Sungai Di Tahap Bahaya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 3:39PM

Keadaan semasa Sungai Kelantan yang masih berada pada paras amaran dengan rekod bacaan 23.18 meter menunjukkan trend penurunan setakat 1 petang tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk di lima negeri iaitu Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dinasihatkan sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air di beberapa sungai di negeri-negeri tersebut masih di tahap bahaya.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Pahang, paras air Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang di Bera, Stesen Paya Gintong di Jerantut dan Sungai Pahang, Kuala Krau di Temerloh berada pada tahap bahaya dengan trend menaik. 

Sungai lain iaitu Sungai Pukin di Rompin, Stesen Jambatan Chegar Perah di Lipis dan Sungai Luit, Kampung Subuh di Maran juga masih berada tahap bahaya namun dengan trend menurun.

Menurut JPS, di Selangor, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat, juga berada pada tahap bahaya tetapi dengan trend menurun.

Di Johor, dua sungai di Segamat iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah dan Sungai Segamat di Bandar Segamat mencatat tahap bahaya dengan trend menaik manakala Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak berada tahap bahaya dengan tidak menunjukkan perubahan.

JPS memaklumkan di Negeri Sembilan, Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol dan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah berada dalam trend menurun walaupun masih tahap bahaya.

Di Melaka, Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah mencatat tahap bahaya tetapi dengan trend menurun, sungai sama di Batu Hampar, Melaka Tengah mencatat tahap bahaya dengan trend menaik manakala Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin pula mencatat tahap bahaya dengan tidak menunjukkan perubahan. 

Jabatan Mineral dan Geosains turut memaklumkan terdapat penambahan kawasan tanah runtuh hari ini melibatkan tujuh kawasan di Sabah, enam di Negeri Sembilan dan satu di Johor menjadikan jumlah kumulatif setakat hari ini sebanyak 243 kejadian di sembilan negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Terengganu dan Sarawak. 

Kawasan baharu berlaku tanah runtuh di Sabah ialah Kampung Sagaliud Seberang di Jalan Sagaliud dan Kampung Warisan di Jalan Bukit Garam; Jalan Bongkud, Jalan Stadium, Jalan Tambunan-Ranau dan Jalan Timbau-Melinsau, Ranau serta Jalan Nangoh Paitan di Kanibongan.

Di Negeri Sembilan, tanah runtuh berlaku di Jalan Seremban-Port Dickson, Jalan Karak-Tampin dan Jalan Talang Ulu, Kampung Lubuk Kadam, Tanjung Ipoh serta tiga kawasan perumahan di Taman Desa Permai dan Kampung Jeram di Tampin dan Gemas. 

Kawasan berlaku tanah runtuh di Johor pula ialah Taman Bukit Pelali di Pengerang yang menjejaskan kawasan perumahan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi