Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tangguh Umrah, Perjalanan Lain Pun Perlu ‘Disekat’, Jangan Ada 'Double Standard' 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 8:31AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan rakyat dalam mengerjakan ibadah umrah berkuatkuasa 8 Januari ini disifatkan sebagai double standard.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, langkah tersebut tidak adil kepada bakal jemaah yang sudah membuat persediaan rapi untuk ke Tanah Suci Makkah itu.

Malah katanya, kerajaan juga sepatutnya mengenakan sekatan sementara terhadap mereka yang merancang untuk menggembara ke 18 negara berisiko tinggi varian Omicron.

“Memang ramai kecewa sebab dah lama menunggu nak pergi ke sana. Bagi saya keputusan itu satu pendekatan kurang bijak.

“Jadi kalau tangguh (umrah), kerajaan kena tangguhlah semua perjalanan ke luar negara termasuk 18 negara berisiko. Jangan ada double standard,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Menurut beliau, penangguhan itu boleh dielakkan sekiranya kerajaan mengarahkan jemaah umrah yang tiba di negara sebelum ini untuk menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin ditetapkan.

“Sebenarnya dari awal lagi kita kata risiko tu ada tapi kerajaan bagi jemaah kuarantin di rumah. Kita dah tahu benda tu akan jadi masalah dan ia sudah pun berlaku sekarang.

“Jika dari awal lagi mereka kuarantin di stesen kuarantin, InsyaAllah (varian Omicron) boleh dikawal. Tapi bila dah balik rumah siapa nak kawal?” soalnya yang juga penaung Volunteer for Community Engagement and Empowerment for COVID19 (VCEE19).

Jelas beliau lagi, isu penularan varian Omicron di kalangan jemaah umrah tidak timbul jika proses kepulangan mereka di tanah air dirancang sebaik mungkin.

“Kita bukan macam awal-awal dulu. Kalau dulu memanglah sebab tak ada vaksin lagi. Tapi sekarang dah ramai yang lengkap divaksin, malah nak pergi umrah kena ambil dos penggalak. Saya rasa kalau disusun betul-betul, boleh sebenarnya.

“Misalnya kalau jemaah nak balik kena kuarantin wajib 14 hari atau sekurang-kurangnya 10 hari di stesen kuarantin ditetapkan. Kos pula ditanggung sendiri jemaah atau dimasukkan sekali dalam pakej, itu yang terbaik,” katanya.

Pada masa sama, Dr Zainal Ariffin turut mencadangkan agar kerajaan melaksanakan semula perintah kuarantin wajib di stesen kuarantin ditetapkan terhadap pengembara yang tiba dari luar negara, termasuk 18 negara berisiko tinggi varian Omicron.

“Jadi macam inilah, kerajaan kena buat macam dulu. Sekarang siapa balik dari negara berisiko harus kuarantin wajib di stesen kuarantin ditetapkan.

“Bila kerajaan beri kelonggaran kuarantin di rumah ramai yang tak patuh. Itulah yang berlaku pada jemaah umrah sekali gus meningkatkan penularan varian Omicron di dalam negara,” katanya.

Kerajaan perlu meneliti secara mendalam keperluan pemberian vaksin dos penggalak keempat. - Gambar fail
Kerajaan perlu meneliti secara mendalam keperluan pemberian vaksin dos penggalak keempat. - Gambar fail

Mengulas mengenai suntikan dos penggalak keempat, Dr Zainal Ariffin yang juga bekas Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) berkata, kerajaan perlu meneliti secara mendalam keperluan pemberian vaksin tersebut.

“Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya perlu buat kajian mendalam, tengok dulu keberkesanan dan kesan jangka panjang pemberian dos tersebut. Mungkin ada kesan sampingan jadi kita perlu perhalusi data yang ada.

“Kira perlukan data daripada 23 juta rakyat yang sudah lengkap divaksinasi. Kena tengok level, berapa dia punya protection. Jadi big data dah ada, kena analisis barulah kita tengok berkesan atau tak,” katanya.

Sementara itu, beliau mengesyorkan agar kumpulan teknikal berkaitan suntikan dos penggalak keempat turut melibatkan orang awam, pakar dan golongan profesional di luar kerajaan.

“Kalau kumpulan yang sama saja kita punya penilaian tu pun tak berubah. Seeloknya bukan sahaja melibatkan KKM tetapi kena ada juga ahli akademik dari universiti, orang awam atau pihak profesional di luar kerajaan.

“Jadi (keputusan) akan nampak neutral. Bukan kita tak percaya tapi untuk meyakinkan orang ramai sebab dos keempat ini melibatkan kesan jangka masa panjang. Risau juga. Biarlah diteliti secara mendalam,” katanya.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat, susulan ancaman penularan jangkitan Omicron.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung kajian yang mendapati pemberian dos penggalak Pfizer kepada penerima suntikan primer jenis Sinovac adalah tidak mencukupi bagi membendung jangkitan Omicron.

Sehubungan itu, katanya, kumpulan teknikal kementerian akan mengemukakan syor berkaitan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) selepas kajian berkenaan dimuktamadkan.

"Kita sudah menerima berita itu, justeru kumpulan teknikal sedang kaji dan selepas maklumat diperoleh, mereka akan buat syor kepada CITF seperti biasa.

"Sama ada mereka yang terima Sinovac-Sinovac (suntikan primer dua dos) dan (dos penggalak) Pfizer mesti dilengkapi satu lagi dos. Tetapi terlalu awal untuk buat kesimpulan ini," katanya. - Getaran, 3 Januari 2022

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

Semasa 15 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 11 jam yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis