Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Bakal Diancam Gelombang Omicron?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 5:12PM

Kawalan pintu masuk antarabangsa antara langkah perlahankan penularan Omicron. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi bayangan bahawa Malaysia berkemungkinan besar dilanda gelombang varian Omicron seperti negara lain di dunia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan perkara itu selepas mengulang kicau ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai peningkatan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 kepada 0.99, bagi seluruh negara semalam.

“Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS, MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa antara langkah perlahankan penularan Omicron.

“Ada yang rujuk kesan Omicron tidak seteruk Delta. Nampak begitu tetapi kebolehjangkitan Omicron lebih tinggi berbanding Delta. Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukan hospital atau unit rawatan rapi (ICU) akan meningkat,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Menurut beliau, KKM juga mahu mengelakkan sistem kesihatan awam menjadi lumpuh.

“Strategi yang wajar dilakukan adalah untuk memperlahankan penularan varian Omicron,” katanya.

Tegas beliau lagi, vaksin COVID-19 dibangunkan sebelum kewujudan varian Delta atau Omicron.

“SARS-CoV2 adalah ‘novel’ coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi.

“Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara flu jab diambil setiap tahun,” katanya.

Katanya, buat masa ini hanya satu dos penggalak diperlukan.

“Lebih dari itu, kita kaji dari semasa ke semasa apabila data saintifik baharu muncul.

“Yang penting respon kita ikut data yang baharu. Ini yang dimaksud respon yang evidence-based,” katanya.

Semalam, Khairy mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat susulan sebanyak 1,306 daripada 11,108 jemaah yang pulang menunaikan umrah dikesan positif COVID-19, setakat 30 Disember 2021 lalu.

“Daripada jumlah tersebut, 592 dikesan positif hasil ujian pertama pada hari ketibaan di Malaysia.

“Tetapi, paling membimbangkan adalah, 714 kes dikesan positif hasil ujian kedua yang dijalankan pada hari kelima kuarantin,” katanya. - Getaran, 2 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Konstabel Muhamad Syafiq Kebanggaan Keluarga - Abang

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Semasa 15 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 1 hari yang lalu

Minta Maaf Tapi Pendirian ‘Neutral’, Zus Terus Terima Kecaman

oleh Sophia Ahmad