web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ayob Khan Ucap Selamat Tinggal, Kembali Ke Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 2:04PM

Ayob Khan (kiri) menyerahkan tongkat kuasa dan nota serah tugas Ketua Polis Johor kepada Kok Chin (kanan. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Selepas kira-kira setahun sepuluh bulan menerajui pucuk kepimpinan Polis Kontinjen Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay terpaksa mengucapkan selamat tinggal.

Beliau bakal kembali ke Bukit Aman dan memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Berkuat kuasa hari ini, jawatan Ketua Polis Johor dipangku Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Majlis serah terima tugas itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini, yang turut disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Ayob Khan dalam ucapannya meninggalkan pesanan kepada semua pegawai dan anggota polis, supaya sentiasa memastikan penyeliaan integriti dan penyampaian perkhidmatan diperkemaskan untuk dipamerkan kepada masyarakat.

“Sejak dari awal saya mula menerajui polis di negeri ini, saya sentiasa menekankan aspek integriti, amanah, tegas, adil dan berhemah biar pun kita mungkin akan ditohmah, dikecam, dikritik mahupun diugut.

“Tiada sebarang tolak ansur terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam rasuah, salah laku, bersekongkol jenayah, dadah mahu pun penyeliaan yang tidak telus,” katanya.

Ayob Khan menyandang jawatan Ketua Polis Johor selama kira-kira setahun sepuluh bulan sejak 24 Februari 2020.

Pada majlis sama, turut diadakan serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di antara Datin Zalena Mohd Ariffin dan Sharifah Mazni Syed Kassim.

Upacara Serah Terima Tugas itu disaksikan Pengerusi PERKEP JSJ PDRM, Datin Seri Dr Siti Alida John Abdullah.

Sementara itu, Ayob Khan dan isterinya, Zalena turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Tabung PERKEP Kontinjen Johor.

Tabung itu juga turut menerima wang kurnia RM10,000 daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sumbangan Menteri Besar Johor sebanyak RM25,000. - Getaran, 2 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

2

Semasa 16 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Politik 16 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad