Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Ahli Politik Jangan Jadi Seperti 'Ladang Binatang' - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 6:00PM

Keadaan sebuah rumah yang hanyut di Hulu Langat, selepas banjir luar jangka yang berlaku di Selangor, pada 18 Disember lalu. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahun 2021 sudah pasti menjadi takwim yang tidak akan dilupakan, apabila ia sarat dengan pelbagai kisah mencakupi setiap peringkat kehidupan rakyat Malaysia.

Namun, paling menjadi memori sudah pastinya bencana banjir besar yang telah meragut hampir 50 nyawa dengan lima lagi dilaporkan masih hilang. 

Tragedi yang berlaku itu membuktikan betapa pentingnya negara mempunyai pemimpin berwibawa dan agensi penguatkuasa yang saling bekerjasama. 

Perkara itu diakui oleh Penganalisis Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang berkata, seharusnya ahli politik tidak membuat kenyataan 'membodohkan' diri ketika rakyat sengsara berdepan musibah itu.

Pada masa sama, beliau menegaskan, wayang daripada pemimpin harus dihentikan serta-merta, apabila mereka dilihat tidak ikhlas dalam membantu rakyat dan hanya sekadar berlakon di hadapan kamera. 

"Banjir Disember 2021 menunjukkan betapa pentingnya kita mempunyai ketua yang hebat dan jabatan kerajaan yang saling berkoordinasi.

"Semoga tahun 2022, kelemahan tahun lalu dan sebelumnya tidak berlaku lagi. Persaingan politiknya jangan jadi seperti dalam novel Ladang Binatang. Jangan kerana kekuasaan, rakyat yang terpuruk," katanya, hari ini. 

Dr. Mohammad Agus Yusoff
Dr. Mohammad Agus Yusoff

Mengulas berkenaan novel tersebut, Mohammad Agus berkata, buku yang ditulis oleh George Orwell pada 1945 itu menceritakan kritikan ke atas pemerintahan diktator komunis Stalin di Russia yang menghancurkan kemanusiaan.

"Ladang Binatang menceritakan kisah dua ekor khinzir dikenali sebagai Snowball dan Napoleon. Pada awalnya, kedua-dua haiwan bekerjasama erat untuk mensejahterakan warga ladang binatang. Slogan digunakan adalah kesetaraan berbunyi “All animals are equal.”

"Untuk membangunkan warga ladang binatang, Snowball dan Napoleon membangunkan kincir angin. Projek ini berjaya memakmurkan warga ladang binatang, namun menjadikan ketua babi tamak dan sombong apabila melihat status dimiliki tidak lagi sama dengan kelompok haiwan lain," katanya. 

Tegas beliau, perwatakan haiwan digunakan menerusi novel terbabit persis perlakuan ahli politik negara ketika ini yang mabuk dengan kemasyhuran dan kekuasaan. 

"Justeru, kekuasaan, politik wang dan lompat parti berlaku yang terjadilah Langkah Sheraton. Kerana kekuasaan juga, Parlimen digantung dan hak demokrasi rakyat di mandulkan. 

"Selain itu, kerana tindakan terbabit, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Sarawak dibubarkan di zaman kita masih lagi menghadapi pandemik COVID-19," katanya.

Tambah Mohammad Agus, tidak menjadi kesalahan untuk pemimpin mahukan kuasa namun perlu memerintah dengan cekap dan tangkas dalam menyelesaikan masalah rakyat. 

Keadaan pasca banjir di Hulu Langat, yang dirakamkan baru-baru ini. - Gambar Sairien Nafis
Keadaan pasca banjir di Hulu Langat, yang dirakamkan baru-baru ini. - Gambar Sairien Nafis

Terdahulu, banjir besar kali ini berlaku di luar jangka, apabila ia melanda Lembah Klang, khususnya Selangor yang padat dengan penduduk, sehingga rakyat dari serata pelusuk negara berusaha menabur bakti menghulurkan bantuan.

Hujan lebat berterusan selama dua hari itu menyebabkan Hulu Langat, Kuala Langat, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling dan Kuala Lumpur di Lembah Klang, serta Bentong, Mentakab dan Temerloh di Pahang 'tenggelam.'

Umpama tsunami, hanya tangga yang tinggal sementara rumahnya hanyut dibawa arus deras akibat banjir di Hulu Langat. - Gambar Sairien Nafis
Umpama tsunami, hanya tangga yang tinggal sementara rumahnya hanyut dibawa arus deras akibat banjir di Hulu Langat. - Gambar Sairien Nafis

Kesannya ibarat dilanda tsunami, puluhan ribu mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan ratusan keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka dihanyutkan arus deras, manakala ribuan kenderaan turut musnah selepas ditenggelami banjir.

Lazimnya pada setiap hujung tahun, Monsun Timur Laut membawa banjir ke negeri Pantai Timur tetapi bencana alam kali ini membuat kejutan dengan 'membadai' Lembah Klang, kawasan yang sebelum ini hanya mengalami banjir kilat.

Kejutan itu bukan sekadar dirasai penduduk di Lembah Klang yang nyata tidak bersedia menghadapi bencana alam itu, malah pihak terbabit dalam pengendalian bencana juga pada awalnya kelihatan agak 'kelam-kabut.' - Getaran, 1 Januari 2022.

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 26 minit yang lalu

Ops Lebih Muatan: JPJ Keluar 126 Notis Saman, 13 Kenderaan Barangan Dikenakan Tindakan

Semasa 4 jam yang lalu

Ahmad Rejal Arbee Meninggal Dunia

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan