web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengusaha, Pemandu Pelancong Dikompaun Terima Diskaun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 5:36PM

Tempoh pembayaran bagi semua kompaun dikeluarkan oleh MOTAC akan dilanjutkan sehingga 30 Jun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pengusaha pelancongan berlesen dan pemandu pelancongan berlesen yang dikenakan kompaun, akan diberikan diskaun sebanyak 40 peratus, kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Jurucakap MOTAC berkata, tempoh pembayaran bagi semua kompaun dikeluarkan kementerian itu akan dilanjutkan sehingga 30 Jun nanti.

"Kementerian berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

"Namun demikian, kegagalan untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil kepada syarikat atau pemandu pelancong yang berkaitan," katanya hari ini.

Menurut jurucakap itu, MOTAC  juga akan memberi pengecualian kompaun kepada pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang gagal memperbaharui lesen dalam waktu ditetapkan, bagi tempoh berakhir pada 1 Januari hingga 30 Jun disebabkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Pengecualian ini diberikan dengan syarat permohonan lengkap perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh lesen.

“Kementerian turut melaksanakan pengeluaran lesen syarikat pengendali pelancongan tanpa pemeriksaan premis dalam tempoh PPN, namun pemeriksaan premis akan dilaksanakan dalam tempoh 90 hari setelah lesen syarikat dicetak dan dikeluarkan MOTAC Negeri,” katanya. - Getaran, 1 Januari  2022.

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad