web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Saya Jaga Kepentingan Rakyat, Tak Terkesan Maki Hamun Media Sosial' - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 5:11PM

Ismail Sabri (depan) bersama Wan Rosdy (dua dari kanan) ketikmenghadiri program pengagihan BWI banjir di Dewan Orang Ramai Majlis Perbandaran Temerloh, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Rasa tidak puas hati segelintir pihak terhadap usaha kerajaan menguruskan bencana banjir yang bermula 18 Disember lalu tidak memberi kesan terhadap perancangan sedia ada dalam membantu rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tugas beliau ketika ini adalah bagi mencari jalan, termasuk menambahkan peruntukan sedia ada bagi membantu semua penduduk terjejas banjir di seluruh negara.

"Yang tidak puas hati itu akan terus tak puas, yang memaki hamun mengecam itu akan terus menjalankan kerja mereka (mengecam kerajaan), sebab masing-masing ada kerja.

"Kerja saya menjaga kepentingan rakyat memberikan menambahkan peruntukan untuk membantu rakyat. Menteri Besar (Pahang) untuk kepentingan rakyat Pahang ada tugas dia, KSN (Ketua Setiausaha Negara) ada tugas dia dan orang yang tugas dia memaki dan menghina dan sebagainya melalui media sosial, itu tugas dia, jadi masing-masing jalankanlah tugas masing-masing,'' katanya.

Menurut beliau, mereka tidak terkesan dengan semua caci maki itu kerana tugas perlu didahulukan.

"Saya harap kita tidak terkesan, saya tak terkesan, MB tak terkesan dan KSN juga tak terkesan dengan apa saja serangan yang dilakukan. Kita ada tugas kita, kita jalankan tugas kita, yang hendak hentam kita hari-hari itu, terserah kepada merekalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) banjir di Dewan Orang Ramai Majlis Perbandaran Temerloh, di sini, hari ini.

Seramai 600 ketua keluarga menerima BWI pada majlis itu. 

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Sementara itu mengulas mengenai persediaan jangka panjang bagi menguruskan banjir, Ismail Sabri berkata, satu mesyuarat membabitkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri akan diadakan sebaik sahaja masalah banjir yang masih melanda ketika ini selesai sepenuhnya.

Katanya, mesyuarat khas Kabinet pada Rabu ini juga akan memfokuskan isu banjir yang menyaksikan lebih 60,000 penduduk terjejas dan meragut 48 nyawa.

"Di peringkat Persekutuan, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana membabitkan Menteri Besar, Ketua Menteri sudah diadakan sebelum banjir lagi, kalau tidak silap pada Oktober lalu dan kita sudah ada penyelesaian jangka pendek dan kita juga sudah minta perancangan jangka panjang dibentangkan. 

"Dan kebetulan banjir berlaku ketika ini, saya kira selepas tamat semua, dari segi pasca banjir pun kita (sudah) selesai, kita akan bermesyuarat untuk melihat secara keseluruhan, bagaimana kita nak selesaikan secara komprehensif," katanya. 

Beliau turut memaklumkan, kerajaan setakat ini memperuntukkan kira-kira RM1.4 billion bagi kerja baik pulih jalan rosak serta bantuan membina kediaman penduduk yang musnah akibat banjir. 

Katanya, jumlah kerugian dijangka lebih tinggi sebaik sahaja kerajaan menerima laporan lengkap mengenai kerosakan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), majlis daerah dan pihak berkaitan yang lain. 

"Kalau setiap kali banjir kita terpaksa 'spend' RM1 billion, RM2 billion, baiklah kita guna peruntukan itu untuk mencari jalan menyelesaikan isu banjir ini, seperti mendalamkan sungai atau membina benteng di kawasan berisiko," katanya. - Getaran, 1 Januari 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 14 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar