Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tubuhkan RCI, Siasat Aktiviti Balak di Sungai Telemong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jan 2022 3:12PM

Banjir besar baru-baru ini menyebabkan sebuah rumah dipenuhi dengan timbunan kayu yang dihanyutkan air. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kejadian bencana banjir lumpur yang berlaku di Telemong, Bentong, Pahang, baru-baru ini. 

Susulan bencana, timbunan kayu balak memenuhi kawasan terbabit, sekali gus mengundang kecaman hebat masyarakat.

Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya berkata, jawatankuasa bebas itu perlu diwujudkan bagi menghalang mana-mana campur tangan politikus dan taikun, dalam menyiasat kejadian tersebut yang telah meragut banyak nyawa. 

Aminuddin Yahaya
Aminuddin Yahaya

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa bencana dasyat yang berlaku di kawasan terbabit disebabkan aktiviti pembalakan, berdasarkan pemantauan dan pemerhatian pengamal media tempatan. 

"Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang dan termenung saya apabila melihat foto ribuan balak terapung atas banjir yang diambil media di Sungai Telemong. 

"Inilah dikatakan salah satu punca mengakibatkan banjir dahsyat di kawasan tersebut. Apa yang menyayat hati, ada orang-orang kampung meninggal dunia dan ada juga hilang ketika bencana itu berlaku," katanya, hari ini. 

Sehubungan itu, Aminuddin berharap agar kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Pahang memandang serius dan bertanggungjawab terhadap bencana dasyat yang berlaku, disebabkan perbuatan manusia. 

"Persoalannya, dari manakah balak ini datang? Syarikat pembalakan manakah yang terlibat? Nampaknya ini bukan aktiviti 'biasa-biasa', tetapi projek 'mega' dan tidak sengaja terlondeh dek kuasa Allah Yang Maha Kuasa ini.

"Yang paling penting, agensi manakah yang bertanggungjawab membiarkan atau lagi teruk, membenarkan kebobrokan ini berlaku," katanya. 

Kesan-kesan banjir di Bentong. - Gambar Azim Abd Rahman
Kesan-kesan banjir di Bentong. - Gambar Azim Abd Rahman

Aminuddin turut menggesa campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya benar insiden tersebut didalangi elemen rasuah dan salah guna kuasa. 

Apa yang mengecewakan jelasnya, walaupun sudah ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melaporkan kegiatan pembalakan haram di Pahang, namun sehingga kini tiada tindakan sewajarnya diambil agensi kerajaan berkaitan.

"Saya tak menolak seandainya memang sudah ada mana-mana pihak pernah buat laporan kepada SPRM dan Jabatan Perhutanan Negeri terhadap aktiviti pembalakan yang berlaku ini, tetapi dipandang sepi juga. 

"Sebenarnya, sudah terlalu banyak kes banjir yang berlaku disebabkan pembalakan lebih-lebih lagi di Pahang. Masih tiada lagi apa-apa langkah serius dapat kita lihat dari pihak berwajib. Saya harap foto-foto ini dapat menginsafkan mereka yang punyai kuasa, sama ada kuasa politik untuk mentadbir dengan berintegriti atau mereka ada wang supaya amanah dengan kekayaan dikurniakan Ilahi,"katanya.

Terdahulu, beberapa pengguna Facebook memuat naik video berdurasi 45 saat mengenai timbunan sisa balak di Sungai Telemong selepas kejadian banjir pada 18 Disember lalu.

Ada juga mendakwa, kewujudan timbunan sisa kayu termasuk bersaiz balak itu berpunca daripada kegiatan penerokaan hutan secara haram di kawasan terbabit, hingga mendatangkan bencana yang mengorbankan lima mangsa, manakala  seorang lagi disahkan masih hilang. 

Bagaimanapun, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menegaskan, hasil tinjauan dron mendapati tiada pembalakan secara sah atau haram di Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong.

Jabatan itu memaklumkan, semakan di kedua-dua tempat mendapati sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan itu ialah sisa sampah sarap daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Disember lalu.

Menurut JPNP, semakan di lapangan turut menemukan pelbagai sisa batang pokok dan kayu terdiri daripada pelbagai spesies antaranya pokok hutan, durian, getah dan kelapa sawit yang memberikan gambaran, ia dibawa arus deras dari luar Hutan Simpan Lentang. 

Kejadian kepala air di dua tempat itu, menurut jabatan berkenaan, tiada kena mengena dengan pembalakan di tanah kerajaan Sungai Gapoi, seperti dakwaan sesetengah pihak kerana jaraknya adalah sejauh 16 kilometer (km) dari Jambatan Telemong dan 23 km dari jalan Bentong-Karak. - Getaran, 1 Januari 2022.

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Semasa 18 jam yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

oleh Diyana Nawwar

Semasa 12 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Luar Negara 12 jam yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB