web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Banjir, Rancang Perjalanan Ke Pantai Timur - ANIH Berhad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 2:45PM

Pengguna diminta merancang perjalanan ke Pantai Timur memandangkan hujan lebat dijangka melanda kawasan berkenaan minggu ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) diminta merancang perjalanan ke Pantai Timur memandangkan hujan lebat dijangka melanda negeri di kawasan itu, minggu ini.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, sebagai pengendali KLK dan LPT1, pihaknya sedang giat memantau paras air di sekitar kawasan laluan utama lebuh raya itu.

“Sungguhpun ia masih selamat pada masa ini, kami (ANIH Berhad) akan terus memantau keadaan dan mengemas kini maklumat terkini melalui rangkaian media sosial kami.

“Kami juga ingin mengingatkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka terutama pada musim hujan ini,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran.

Radzimah berkata, setakat tengah hari ini, paras air di semua kawasan di sepanjang KLK dan LPT1 disahkan berada dalam keadaan selamat.

Justeru, katanya, syarikat terbabit sedang giat mengambil langkah untuk memastikan keadaan kekal terurus.

Beliau berkata, ANIH Berhad juga memberi jaminan bahawa pihaknya sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna lebuh raya kekal sebagai keutamaan.

“Bagi maklumat lanjut, sahih dan terkini, sila layari laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur.

“Maklumat lanjut juga boleh diketahui dengan menguhubungi talian Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-70,” katanya. – Getaran, 31 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad