web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konvoi Sambut Tahun Baharu Diperiksa, Ratusan Mat Motor Disaman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 11:40AM

Pihak berkuasa mengeluarkan 473 saman atas 606 kesalahan dalam operasi yang diadakan di Jeti Tanjung Lembong, semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Keterujaan lebih 1,000 'mat motor' memasuki Langkawi bagi menyambut tahun baharu 2022, terbantut apabila mereka disambut oleh 'abang-abang' trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebaik mendarat di Jeti Tanjung Lembong, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, daripada sejumlah 1,200 motosikal yang diperiksa, pihak polis mengeluarkan 473 saman atas 606 kesalahan.

"Pemeriksaan dijalankan terhadap tiga trip feri yang bertolak dari Kuala Perlis ke Langkawi iaitu satu pada waktu tengah hari dan dua pada waktu malam. Majoriti kesalahan dilakukan adalah tiada nombor pendaftaran dan cermin sisi.

"Manakala di pihak JPJ pula, sebanyak 104 notis dikeluarkan dan sebuah motosikal disita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Klip video memaparkan pemilik motosikal tersebut terpaksa menolak jentera masing-masing untuk diperiksa tular di media sosial sejak semalam hingga menghadirkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Mengulas lanjut Shariman berkata, kebanyakan motosikal yang diperiksa hadir dari Lembah Klang, Terengganu, Kelantan dan Johor.

"Kesemua mereka turut diberi peringatan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan sepanjang berada di Langkawi," katanya. - Getaran, 31 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 13 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad