web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh T Nhaveen: Tertuduh Kelima Didakwa Di Mahkamah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 5:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang kontraktor hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh mangsa buli T Nhaveen pada 9 Jun 2017.

S Gopinath, 30, tertuduh kelima didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama antara 11 malam hingga 12 tengah malam berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor dekat sini.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh mengangguk tanda faham setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah memandangkan kes berkenaan di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan itu, Gopinath didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret R. Manomani menetapkan esok, 31 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes dan pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan dan Farah Aimy Zainul Anwar.

Farah Aimy memberitahu mahkamah kes Gopinath akan dipindah ke Mahkamah Tinggi esok dan tiada jaminan ditawarkan.

Pada 19 Jun 2017, empat tertuduh J. Ragesuthen, 18, dan S. Gokulan, 18, serta dua lagi remaja lelaki pada masa itu, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Nhaveen, 18. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad