web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Warga Emas Hilang Punca Rezeki

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 9:01PM

Ernest Alam Jansz memerhatikan keretanya, yang digunakan untuk e-hailing, ditenggelami air dalam banjir yang melanda Taman Sri Muda, Shah Alam, baru-baru ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -  Sudahlah rumah ditenggelami air dan semua barangan musnah, kini pendapatan pula terjejas apabila kenderaan yang digunakan sebagai punca rezeki rosak dek banjir.

Nasib menimpa pemandu e-hailing, Ernest Alan Jansz, 69, tak ubah seperti ditimpa tangga apabila dugaan diterima saling bertimpa, susulan banjir besar yang melanda Taman Sri Muda, Shah Alam baru-baru ini.

Warga emas itu ketika ditemui Getaran baru-baru ini berkata, dia sedang dalam perjalanan menghantar penumpang di sekitar Seksyen 15, Shah Alam ketika bandaraya itu dilanda hujan lebat, 18 Disember lalu.

Katanya, dia tidak menyangka hujan lebat berkenaan bakal menyebabkan banjir yang menenggelamkan keseluruhan Taman Sri Muda sehingga ke paras bumbung rumah.

“Selama saya menghuni kawasan ini, memanglah kerap dilanda banjir tapi air hanya naik setakat betis.

“Apa yang terjadi baru-baru ini benar-benar di luar dugaan. Sewaktu dalam perjalanan pulang, air sudah tinggi hingga menyebabkan banyak kenderaan terpaksa berhenti di bahu jalan. Memikirkan nasib keluarga di rumah, saya nekad meredah air,” katanya, mengimbas detik menakutkan itu.

Ernest Alam Jansz meneguk air bagi menghilangkan dahaga selepas penat mencuci dan mengemas rumahnya yang ditenggelami air di Taman Sri Muda, Shah Alam. - Gambar Sadiq Asyraf
Ernest Alam Jansz meneguk air bagi menghilangkan dahaga selepas penat mencuci dan mengemas rumahnya yang ditenggelami air di Taman Sri Muda, Shah Alam. - Gambar Sadiq Asyraf

Ernest berkata, dia gagal menyelamatkan semua barangan yang terletak di aras bawah rumah, menyebabkan semuanya terapung apabila kediaman itu mula dinaiki air.

“Tidak lama kemudian bekalan elektrik terputus, dan saya serta keluarga melarikan diri ke tingkat atas rumah untuk perlindungan,” katanya.

Usaha Ernest membersihkan keretanya walaupun paras air masih tinggi sempat dirakam jurugambar Getaran, Sadiq Asyraf pada 20 Disember lalu, yang ketika itu mengikuti operasi menyelamat mangsa banjir bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majoriti pengguna Twitter melahirkan rasa sebak sebaik foto itu bertebaran di media sosial, dan mengharapkan Ernest memperoleh bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Sebaknya tengok gambar ni, Ya Allah. Untuk kebanyakan kita, kereta dan rumah kecil itu sahajalah harta yang ada. Bila musnah, saya rasa sayu. Memang betul tiada yang kekal di dunia ini. Tapi Allah, Kau kuatkan hati semua yang melalui dugaan ini,” kata pengguna Twitter Neddo Khan.

“2017 hari itu, waktu aku tengok motor aku tenggelam depan mata pun, dah bergenang air mata. Ini pula kereta macam ni, Sayu, sedih. Speechless,” ciap pula Faiz Zainul.

Kereta Ernest Alam Jansz telah dibersihkan namun masih tersadai di depan sebuah stesen minyak. - Gambar Sadiq Asyraf
Kereta Ernest Alam Jansz telah dibersihkan namun masih tersadai di depan sebuah stesen minyak. - Gambar Sadiq Asyraf

Tinjauan Getaran baru-baru ini di Taman Sri Muda mendapati, kereta milik Ernest masih berada pada kedudukan yang sama, namun mengalami kebocoran pada tayar kerana terlanggar benda tajam sewaktu meredah banjir tempoh hari.

“Kereta saya sampai sekarang masih tersadai dan tidak boleh digunakan lagi, kerana belum ada kesempatan untuk dihantar ke bengkel.

“Inilah satu-satunya kenderaan untuk saya mencari rezeki tetapi kini semuanya telah musnah. Apapun saya akan berusaha untuk memperbaikinya agar kehidupan dapat diteruskan,” katanya.

Ernest Alam Jansz menunjukkan potret perkahwinannya yang rosak selepas terkena banjir. - Gambar Sadiq Asyraf
Ernest Alam Jansz menunjukkan potret perkahwinannya yang rosak selepas terkena banjir. - Gambar Sadiq Asyraf
Antara lukisan yang dapat diselamatkan oleh Ernest Alam Jansz selepas rumahnya ditenggelami banjir. - Gambar Sadiq Asyraf
Antara lukisan yang dapat diselamatkan oleh Ernest Alam Jansz selepas rumahnya ditenggelami banjir. - Gambar Sadiq Asyraf

Mengulas lanjut Ernest berkata, dia kini hanya mampu mengharapkan bantuan daripada keluarga untuk membeli peralatan baharu, selain menggunakan wang simpanan yang ada kerana tiada pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada e-hailing sebagai punca rezeki.

“Semua barang-barang yang rosak akibat banjir telah dibuang, dan kini kami sedang dalam proses pembersihan serta membaik pulih rumah rosak.

“Untuk sekarang, kami amat memerlukan bantuan wang ringgit kerana semua kerosakan ini menelan kos baik pulih yang yang amat tinggi,” katanya. – Getaran, 29 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Remaja 14 Tahun Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 7 Pangsapuri 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar